SEORANG militan berpengaruh Indonesia yang dikaitkan dengan insiden pengeboman Bali 2002, dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun pada Rabu.
Pada insiden pengeboman tersebut, seramai 202 orang yang kebanyakannya pelancong asing dilaporkan terkorban.
Militan berkenaan, Aris Sumarsono atau lebih dikenali sebagai Zulkarnaen, merupakan bekas komander tentera Jemaah Islamiah (JI).
Kumpulan itu dikatakan mempunyai kaitan dengan al-Qaeda yang berpangkalan di Afghanistan.
Dia sendiri didakwa mempunyai hubungan terus dengan al-Qaeda serta memiliki pengalaman berhubung operasi keganasan.
Zulkarnaen sebelum ini ditahan pada 10 Disember 2020 selepas menjadi buruan pihak berkuasa selama 18 tahun.
Dia juga dikatakan terlibat dalam beberapa siri serangan keganasan lain di Indonesia seperti insiden pengeboman Hotel J.W. Marriot pada 2003; kejadian pengeboman Kedutaan Australia pada 2004 dan serangan pengeboman terhadap Hotel Ritz Carlton serta J.W. Marriot pada 2009.
Ketika ditahan, Zulkarnaen berada di sebuah rumah yang dikawal oleh sekumpulan pengawal keselamatan. — Reuters
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram