Dos penggalak mungkin tidak cukup — WHO


  • Benua
  • Rabu, 12 Jan 2022

PAKAR menggalakkan pengeluar vaksin Covid-19 menyediakan data berhubung prestasi terkini vaksin. — Agensi

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin Covid-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron.

Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin Covid-19 (TAG-CO-VAC), melibatkan 18 pakar berkata, walaupun vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang dibimbangi (VOC), vaksin bagi mencegah jangkitan dan penularan perlu dibangunkan.

Sementara itu, komposisi vaksin Covid-19 semasa mungkin perlu dikemas kini bagi menghalang virus daripada terus berubah.

Pakar telah menggalakkan pengeluar vaksin Covid-19 menyediakan data berhubung prestasi terkini vaksin khususnya terhadap Omicron, sebelum memutuskan perubahan terhadap komposisi vaksin yang mungkin diperlukan.

Pakar turut menekankan kepentingan akses global terhadap vaksin Covid-19 bagi membendung varian Omicron. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

WHO, COVID19, kemas kini vaksin