Umat Islam kecam Raja Arab Saudi perkenal insiaitif lontar jamrah secara maya


  • Benua
  • Rabu, 15 Dis 2021

Arab Saudi melancarkan inisiatif "Hajar Aswad Maya" pada Isnin. — Agensi
PADA Isnin, Arab Saudi melancarkan inisiatif "Hajar Aswad Maya" dengan kerjasama Penjaga Dua Masjid Suci Institut Penyelidikan Haji dan Umrah di Universiti Umm Al-Qura.

Inisiatif itu bertujuan untuk menggunakan realiti maya (VR) dan pengalaman digital yang mensimulasikan realiti sebenar.

Namun, teknologi itu mendapat kecaman daripada umat Islam di seluruh dunia dan mengatakan insiatif "Hajar Aswad Maya" itu adalah perkara yang mengarut.

"Ini teruk! Hentikan perkara mengarut ni .. kenapa awak paksa kami melakukan benda ni," komen dari pengguna Facebook, Nermeen Muhammad.

"Subhan'ALLAH! Kiamat sudah dekat, semoga ALLAH SWT terus membimbing, melindungi dan memberikan pengakhiran yang membahagiakan, " kata Ibrahim Jimoh di hantaran oleh Haramain Sharifain.

"Ibadah haji hendaklah dilaksanakan mengikut syariat Islam. Jangan membawa sebarang bid'ah buruk yang akan bercanggah dan menafikan prinsip dan akidah Islam," komen dari pengguna Facebook Khuzaifah Hassan.

Semasa perasmian inisiatif itu, Ketua Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Abdulaziz Al-Sudais berkata, Dua Masjid Suci iaitu Masjidil Haram di Makkah serta Masjid Nabawi di Madinah memiliki peninggalan keagamaan dan sejarah yang hebat.

"Ia mesti didigitalkan dan disampaikan kepada semua, berdasarkan keupayaan dan sokongan dermawan yang diberikan oleh kepimpinan Saudi," kata Sudais. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram