Mayat dua pesakit Covid-19 ditemukan selepas lebih setahun mereput


  • Benua
  • Isnin, 06 Dis 2021

BILIK mayat itu telah tidak digunakan pada Ogos 2021 memandangkan sebuah bilik mayat baharu telah beroperasi, menurut pegawai.— Agensi
DUA mayat pesakit Covid-19 ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah bilik mayat di hospital di Bengalore, India selepas lebih 15 bulan kematian mereka direkodkan pada tahun lalu.

Agensi Hindustan Times melaporkan, polis dan pegawai hospital memberitahu penemuan mengerikan itu terbongkar pada hujung minggu lalu selepas kerja pembersihan berjadual di rumah mayat Hospital ESIC Rajajinagar.

Pegawai hospital dilaporkan berkata, mayat itu dibungkus dalam beg mayat bertutup yang menandakan mereka sebagai mangsa Covid-19 dan masih mempunyai tag pengenalan.

Menurut sijil kematian mereka, dua individu itu meninggal dunia akibat Covid-19 pada Julai tahun lalu iaitu selepas tiga hari selepas mereka dimasukkan ke hospital berkenaan.

Setelah disiasat, mayat itu bernama Durga Sumithra, seorang wanita berusia 40 tahun, dan N L Muniraju, lelaki berusia 67 tahun.

Bilik mayat itu tidak lagi digunakan pihak hospital sejak Ogos setelah bilik mayat baharu beroperasi.

Namun beberapa ahli keluarga mangsa mendakwa, pihak hospital sebelum ini tidak membenarkan mereka menuntut semula mayat yang meninggal dunia akibat Covid-19, selain memberitahu keluarga bahawa mayat itu telah diuruskan oleh pihak hospital. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



mayat, benua, India, Covid-19