Ibu 'berwajah hitam' dakwa selamatkan anak daripada debu letusan gunung berapi


  • Benua
  • Isnin, 06 Dis 2021

IBU selamatkan anak dari letusan Gunung Semeru, Indonesia singgah sebentar di rumah jiran meminta air untuk membasuh mukanya. — Agensi

TULAR sebuah klip video seorang ibu 'berwajah hitam' cuba menyelamatkan anaknya dari letusan Gunung Semeru, Lumajang Jawa Timur Indonesia pada Ahad.

Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh akaun TikTok @klomank_ml, yang menunjukkan seorang ibu membawa anaknya berbaju hujan melalui debu letusan gunung berapi dengan menunggang motosikal untuk berpindah bagi menyelamatkan diri.

Difahamkan dalam video itu, seorang ibu sempat singgah di salah sebuah rumah penduduk untuk meminta air kerana ingin membasuh mukanya yang telah diselaputi habuk letusan.

Si ibu diselubungi habuk malah mukanya langsung tidak kelihatan. Sementara itu, juga kelihatan di sebalik baju hujannya terdapat seorang kanak-kanak bersembunyi di belakangnya.

Susulan itu, warganet percaya anak-beranak itu cuba menyelamatkan diri bagi mengelak letusan Gunung Semeru.

Video tersebut telah disukai sebanyak 24.4 ribu kali dan mendapat ratusan komen daripada netizen.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram