Robot bantu serlah kreativiti kanak-kanak di taska


  • Benua
  • Sabtu, 27 Nov 2021

KANAK-KANAK di Seoul, Korea Selatan dilihat berinteraksi dengan Alpha Mini. — Agensi
KOREA Selatan sedang membuat ujian percubaan robot bersaiz kecil yang bernama ALPHA Mini sebagai alat bantuan mengajar di taska dan pusat jagaan kanak-kanak di negara itu.

Menurut agensi The Guardian, kerajaan Korea Selatan percaya projek tersebut akan membantu persediaan teknologi tinggi generasi akan datang.

"Robot itu mempunyai saiz 24.5 sentimeter yang mana berkeupayaan menari, memimpin nyanyian panjang, bercerita, mengajar gerakan kung fu, menggayakan tekan tubi serta mengimbang sebelah kakinya," tambah Han Dong-seog, pegawai bahagian penjagaan kanak-kanak kerajaan Seoul.

"Robot itu membantu kreativiti kanak-kanak," kata guru, Byun Seo-yeon kepada ketika lawatan ke Taska Maru.

Lebih menarik, mata robot itu boleh bergerak dan berkedip, manakala anak matanya bertukar bentuk hati ketika perbualan.

Robot itu juga dilengkapi dengan kamera pada topi keledarnya dan mampu merakam foto yang boleh dihantar serta-merta ke tablet untuk dilihat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Korea selatan, robot, Jepun, Taska, kanak-kanak