Akibat selalu buang air besar merata-rata, budak autism mati dikerjakan ibu bapa


  • Benua
  • Sabtu, 27 Nov 2021

SUSPEK (kanan dan dua dari kanan) yang didakwa membunuh anak autism menggunakan paip getah dan gayung di Indonesia. — Agensi

KANAK-KANAK autism maut dipukul oleh ibu bapanya sendiri akibat membuang air besar di merata tempat pada Rabu di daerah Musi Banyuasin (Muba), Indonesia.

Bapanya berusia 33 tahun berang lalu memukul mangsa bertubi-tubi menggunakan paip getah kerana anak sulungnya itu dikatakan membuang air besar merata-rata.

Lebih menyayat hati, ibunya 29 tahun turut memukul budak itu dengan gayung sehingga pengsan lalu ditinggalkan di dalam bilik air.

Menurut agensi Gatracom, budak berusia 11 tahun itu dibantu oleh penduduk setempat dan mereka bertindak untuk melaporkan pasangan suami isteri itu kepada polis.

Ketua Polis Muba, Asisten Komisioner Alamsyah Palupessy berkata, ketika dibawa ke pusat kesihatan, mangsa sudah meninggal dunia, dan bedah siasat kini dijalankan.

"Hasil bedah siasat mendapati banyak kesan lebam pada badan mangsa," katanya.

Ketika disoalsiasat polis, ibu mangsa mendakwa dia tidak sangka anak sulungnya meninggal dunia dan menyesal dengan perbuatannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kanak-kanak, austisme, Indonesia, polis, ibu bapa