Asteroid saiz lebih besar London Eye bakal hentam orbit bumi Sabtu ini


  • Benua
  • Rabu, 17 Nov 2021

ASTEROID yang dinamakan sebagai 2016 JG12 sudah mula dikesan pada 3 Mei 2016 dan ia kini berada pada jarak hanya 5.98 juta kilometer dari bumi. — Agensi

SEBUAH asteroid yang dinamakan sebagai 2016 JG12 diramal menghentam orbit bumi pada hujung minggu ini, lapor akhbar Daily Star pada Rabu (17 November).

Asteroid bersaiz lebih besar daripada London Eye itu mula dikesan pada 3 Mei 2016 dan ia kini berada pada jarak hanya 5.98 juta kilometer dari bumi serta berdiameter kira-kira 190 meter.

Walaupun asteroid tersebut akan mengambil masa yang sedikit lama untuk tiba di orbit Bumi, ahli-ahli astronomi tetap meneruskan pemantauan rapat pergerakannya kerana jaraknya dianggap tidak begitu jauh.

Sekiranya pergerakannya kekal berada pada trajektori yang sama dan sekadar melintasi bumi berbanding menghentam planet ini, asteroid tersebut boleh dilihat sekitar pukul 12.23 tengah malam (waktu tempatan), Sabtu (20 November).

Saintis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti lokasi di mana ia boleh dilihat. —Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Asteroid, Bumi, Orbit Bumi, London Eye, Astronomi