Misteri 'kolam syaitan' di New Zealand


  • Benua
  • Khamis, 26 Ogos 2021

KOLAM Syaitan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. — Agensi

KAWASAN gunung berapi Wai-O-Tapu di selatan Pusat Gunung Berapi Okataina, New Zealand menawarkan banyak lokasi keajaiban semula jadi tetapi paling mencuri tumpuan adalah Devil's Bath.

Devil's Bath merupakan kolam berwarna hijau yang mempunyai air berbau sulfur.

Gabungan gas hidrogen sulfida dan garam besi di kawasan tersebut menyebabkan kolam berkenaan menjadi hijau.

Malah seiring dengan nama yang diberikan, kolam itu mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Namun, kolam itu menjadi salah satu tarikan paling popular di Wai-O-Tapu.

Lokas tersebut juga menyediakan platform pemandangan untuk orang ramai menyaksikan sendiri keunikan warna kolam itu dan merasai sendiri 'bau' Devil's Bath.

Jika anda tertanya-tanya sama ada kolam itu selamat untuk berenang, jawapannya adalah tidak.

Air kolam itu terlalu berasid sehingga boleh menyebabkan kulit seseorang itu mengelupas.

Selain Devil's Bath, Wai-O-Tapu juga menyediakan lokasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi seperti Artist's Palette, Tasik Ngakoro dan Tasik Echo. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kolam, New Zealand