[VIDEO] Kena belasah skuad Garuda, fans Vietnam mengamuk pecahkan TV


  • Podium
  • Khamis, 28 Mac 2024

Tangkap layar memaparkan penyokong Vietnam tersebut memecahkan televisyen miliknya. — Agensi

BARU-BARU ini, kem bola sepak Vietnam digemparkan dengan pengumuman mengejut daripada Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Dalam pengumuman tersebut, VFF mengumumkan Ketua Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier sah dipecat daripada jawatannya itu.

Ia susulan selepas pasukan The Golden Star Warriors itu tewas 0-3 di tangan pasukan Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad Sang Garuda menduduki tangga kedua Kumpulan F dengan tujuh mata selepas empat perlawanan, manakala Vietnam di tangga ketiga dengan empat mata.

Bagaimanapun, berita kekecewaan itu nampaknya turut terpalit kepada penyokong Vietnam yang videonya tular di laman X sempat mencuri tumpuan warga maya.

Dalam video tersebut, individu yang dipercayai penyokong Vietnam dilihat mengamuk dengan memecahkan televisyen selepas sukar menerima kekalahan pasukan tanah airnya itu.

Rakaman video tersebut memaparkan penyokong berkenaan dilihat sukar untuk mengawal dirinya daripada marah dan terus membaling televisyennya sambil memecahkan dengan sebatang kayu.

Difahamkan dalam video itu, beberapa individu cuba untuk menenangkan penyokong berkenaan namun enggan menghiraukan kata-kata tersebut.

Video yang dikongsikan oleh @KepaArgawinata7 itu meraih sebanyak 200 ribu jumlah tontonan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram