[VIDEO] Israel mula lancar dron, bedil kawasan tentera gabungan Iran di Iraq


  • Benua
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Tangkap layar video kebakaran penempatan tentera gabungan selepas dibedil oleh Israel pada Sabtu. — SNN TV

ISRAEL telah melancarkan serangan ke atas Iran sebagai tanda tindakan balas terhadap serangan Teheran pada hujung minggu lalu, demikian menurut media antarabangsa pada Sabtu.

Menerusi laporan Iran International English dron disyaki milik Israel telah mengenai sebuah kawasan penempatan tentera gabungan yang terletak bersempadan dengan Iraq sehingga dipercayai menyebabkan seorang maut.

Rakaman video yang dikongsikan oleh Iran International English dalam laman X itu memperlihatkan kawasan tentera gabungan yang disokong Iran sedang dalam keadaan terbakar akibat serangan tersebut.

BACA LAGI: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

Serangan terbaharu Israel ini merupakan kali yang kedua selepas peluru berpandu dipercayai milik Israel telah mengenai sebuah kawasan di Iran pada Jumaat.

Saluran berita ABC dan CBS News melaporkan serangan itu dengan memetik kenyataan beberapa pegawai tertinggi Amerika Syarikat.

Namun begitu dalam serangan tersebut, Iran mengaktifkan sistem pertahanan udara di beberapa buah bandarnya, lapor media kerajaan, selepas badan penyiaran rasmi Teheran menyatakan bahawa letupan berlaku di bandar Isfahan, tengah Iran.

BACA LAGI: Musim berjimat Liga M, hanya 3 pasukan nikmati pramusim di negara orang

Sebelum ini, Israel memberi amaran akan menyerang balik selepas Iran melancarkan 300 dron dan peluru berpandu ke arah negara haram itu pada hujung minggu lalu, namun kebanyakannya telah dipintas.

Serangan Teheran itu bagi membalas tindakan Israel mengebom konsulat Iran di Damsyik awal bulan ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram