MENURUT Pengasas Mydezine dan pakar landskap, Humaidi Habib, rumput jenis Japanese Grass sangat sesuai digunakan dalam ruang tertutup kerana teksturnya yang halus dan rapi.
"Ia mudah dijaga dan memberi kesan visual yang sangat bersih dan kemas,” jelasnya kepada Majoriti.
Bagi tanaman lain, antara sering menjadi pilihan termasuk pachyra aquatica, sansevieria dan rhapis excelsa yang mana semuanya terkenal dengan daya tahan dan keupayaan hidup dalam cahaya malap. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram