Perlawanan back-to-back tak halang 2 bek JDT bersolidariti bersama Palestin


  • Podium
  • Khamis, 19 Okt 2023

Matt dan Corbin antara dua pemain tanah air yang tampil bersolidariti untuk Palestin. — Facebook/JDT

KEKEJAMAN yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap bumi Gaza sememangnya menjadi topik perbincangan orang ramai samada luar negara ataupun Malaysia sendiri dan sokongan daripada individu berpengaruh akan menjadi tumpuan.

Bukan hanya selebriti, ahli perniagaan dan tokoh politik, malah pemain bola sepak juga akan menjadi individu yang akan memberi pengaruh besar dalam menunjukkan solidariti mereka terhadap masyarakat Palestin.

Seperti yang berlaku kebelakangan ini, ramai pemain terkemuka dunia seperti Mohamed Salah, Anwar El Ghazi dan legenda Manchester United, Eric Contana turut bersama-sama menyuarakan sokongan mereka itu.

Melihat pada suasana dalam negara pula, beberapa pemain terkenal tanah air turut mengambil kesempatan untuk memberi sokongan penuh kepada Palestin walaupun sibuk dengan kepadatan jadual perlawanan masing-masing.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 18.36.37

Tangkap layar Insta Story Matt.

Antara pemain berpengaruh tanah air yang lantang menunjukkan solidariti mereka terhadap bumi Gaza selepas penindasan dilakukan oleh tentera Israel ialah pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) Matthew Davies dan Corbin-Ong.

Menerusi hantaran Insta Story dari Matthew ataupun pemain yang mesra dengan sapaan Matt itu, dia memuat naik gambar ketika beraksi di kejohanan Pestabola Merdeka sambil meletakkan bendera Malaysia dan Palestin sebagai tanda perpaduan antara dua negara.

Bek kiri Harimau Malaya, Corbin pula memuat naik semula hantaran dari pandangan dari seorang aktivis politik, Najwa Zebian, yang mana pemain itu turut senada bahawa rakyat Palestin perlu dibebaskn daripada penjajahan Israel.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 18.36.21

Tangkap layar Insta Story Corbin.

Dua sokongan dari pemain Harimau Selatan itu menunjukkan bahawa meskipun kedua-dua mereka sibuk dengan perlawanan domestik dan tugasan bersama Harimau Malaya tapi sempat meluangkan masa untuk cakna dengan isu semasa.

Baru-baru ini, Matt dan Corbin antara tonggak utama skuad kebangsaan dalam menempuh dua perlawanan kejohanan Pestabola Merdeka dan sumbangan mereka berhasil membantu Harimau Malaya mendapat naib johan.

Selepas panggilan negara, dua bek JDT itu memberi fokus terhadap Harimau Selatan bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak FC di Stadium Perak, Ipoh pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram