Selidik 3 sebab 'gameplay' Corbin Ong selalu overlap sesuai dengan falsafah bola sepak moden


  • Podium
  • Isnin, 04 Sep 2023

Corbin antara tonggak JDT yang disifatkan berada dalam kelas tersendiri. — Facebook/Johor Southern Tigers

KUALITI pemain yang dimiliki juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Takzim (JDT) sememangnya sukar untuk dipersoalkan.

Ketajaman jentera serangan merupakan kunci buat pasukan Selatan tanah air tersebut untuk mudah menembusi benteng mana-mana pasukan yang dihadapi.

Antara pemain yang memainkan peranan penting buat skuad Harimau Selatan ialah pemain pertahanan kiri, Corbin Ong yang juga merupakan antara tonggak pasukan itu.

WhatsApp Image 2023-09-03 at 23.26.07

Corbin mengemudi bahagian pertahanan kiri JDT dengan cukup sempurna apabila berjaya merantai jentera serangan lawan. — Facebook/Johor Southern Tigers

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga sebab mengapa gameplay Corbin Ong selalu overlap bersesuaian dengan falsafah bola sepak moden.

1) Membantu serangan

Bakat pemain berketinggian 1.84 meter itu bukan sahaja dilihat mampu bertahan namun dapat membantu bahagian serangan dengan melakukan overlapping di bahagian kiri.

Dengan kelebihan dan stamina yang tinggi membuatkan Corbin mudah untuk melakukan larian ke bahagian atas bagi melakukan serangan selain pada masa sama membuat larian ke bawah untuk melakukan pertahanan.

Musim ini, pertahanan skuad kebangsaan itu sudah mencetak lima jaringan peribadi dan dua assist yang menunjukkan bahawa dia juga mampu membantu membuat serangan bukan sahaja dari segi jaringan tapi malah melakukan hantaran ke hadapan gawang musuh.

51623084209_lavco

Corbin membantu JDT menjuarai pelbagai kejohanan domestik.

2) Menggunakan kawasan padang sebaik mungkin

Selain membantu serangan, kelebihan overlap yang dilakukan Corbin mampu meluaskan lagi corak permainan pasukan dalam padang.

Perkara ini penting untuk memastikan pasukan lebih selesa untuk mengawal bola kerana Corbin dilihat mampu membuka ruang di bahagian tepi, atas ataupun bawah dalam kawasan padang.

Dengan corak permainan yang tenang selain kawalan bola yang baik pastinya lebih memudahkan pasukannya untuk bermain secara agresif sekali gus mencipta peluang di hadapan pasukan lawan.

730x480-img-24116-selebrasi-corbin-ong-usai-timnas-malaysia-mengalahkan-thailand-di-kings-cup-2022-dok-fam

Corbin juga cemerlang sebagai pemain pertahanan skuad kebangsaan. — FAM

3) Mampu mengelirukan pertahanan lawan

Pertahanan yang sering melakukan overlap di bahagian kiri ataupun kanan dijangka mampu memperdaya pertahanan lawan sehingga perlu untuk lebih berjaga-jaga di bahagian tepi padang bagi mengelakkan serangan daripada pihak lawan.

Hal ini kerana, corak permainan seperti itu dilihat boleh membuka ruang kepada penyerang untuk bergerak bebas di bahagian hadapan pihak lawan dan mempunyai peluang untuk mencetak gol.

Perkara itu dapat dilihat apabila Corbin sering melakukan overlap ketika beraksi bersama Harimau Selatan yang menyebabkan pertahanan musuh hanya memberi fokus kepada pemain warisan itu sekali gus memberi peluang kepada penyerang seperti Bergson da Silva dan Heberty Fernandes untuk bergerak bebas dalam mencetak jaringan.

Musim ini sahaja, Corbin antara pemain yang kerap kali diturunkan dalam kesebelasan utama dan menjadi aset untuk melancarkan serangan dari bahagian kiri Harimau Selatan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram