JDT, TMJ pasang hasrat dapatkan bintang Piala Dunia Sepanyol 9 tahun lalu


  • Podium
  • Isnin, 04 Sep 2023

TMJ sering bercita-cita besar untuk menaikkan reputasi JDT di peringkat antarabangsa. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

SEPANJANG jendela perpindahan yang lalu, penyokong bola sepak tanah air diselubungi rasa teruja dengan berita mengenai kehadiran bintang bola sepak antarabangsa, Radamel Falcao.

Penyerang kebangsaan Colombia itu dikatakan dirisik gergasi Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) apabila pihak pengurusan kelab sering bertemu wakil serta pemain itu beberapa bulan sebelum jendela dibuka.

Namun, pada pertengahan tempoh pendaftaran pemain baharu, pemilik pasukan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris memilih untuk tidak mendapatkan Falcao.

Antara sebab diberikan atas keputusan itu adalah mengenai permintaan gaji penyerang itu yang dilihat terlalu tinggi, lebih-lebih lagi dengan pemain berkenaan sudah berusia 36 tahun.

Oleh itu, JDT memilih untuk membawa masuk dua rekrut baharu, Heberty Fernandes dan Takehiro Kunimoto dengan mereka sudah memberi impak cukup positif buat pasukan berkenaan.

JOHANNESBURG, SOUTH AFRICA - JULY 11:  Fernando Torres of Spain (C), and the Spain team celebrate victory with the World Cup trophy following the 2010 FIFA World Cup South Africa Final match between Netherlands and Spain at Soccer City Stadium on July 11, 2010 in Johannesburg, South Africa.  (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images) *** Local Caption *** Fernando Torres

Torres mempunyai reputasi cukup cemerlang bersama skuad kebangsaan Sepanyol. Agensi

Bagaimanapun, percubaan skuad Harimau Selatan untuk menyambar seorang pemain dengan reputasi seperti Falcao memberi gambaran bahawa mereka bercita-cita besar dalam mengharumkan nama kelab di peringkat antarabangsa.

Ini kerana ia bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan JDT juga pernah dikaitkan dengan beberapa pemain dikenali di peringkat global sejak ditubuhkan pada 2012.

Salah satu nama yang pernah meniti di bibir penyokong setia kelab ialah bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres dengan khabar angin itu timbul kira-kira sembilan tahun lalu.

Ketika itu, pemain berkenaan sedang beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, namun sering disisihkan akibat isu kecederaan dan prestasi terumbang-ambing.

Tetapi, JDT dilihat cukup berminat untuk menyambar penyerang berkenaan dalam usaha mereka untuk menaikkan lagi reputasi pasukan di samping mengharapkan supaya pengalamannya dalam membantu pemain sedia ada.

FB_IMG_1494334049695

Torres (kanan) sempat bertemu TMJ yang menghangatkan lagi khabar angin itu. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Selain itu, Torres juga masih mempunyai kebolehan untuk menewaskan benteng pertahanan lawan dengan kebolehannya untuk membawa bola menggunakan kepantasannya.

Khabar angin tersebut turut disahkan TMJ dengan mengatakan JDT serta wakil pemain sudah berhubung dengan kemungkinan dia akan disambar pada 2016.

Bagaimanapun, ura-ura itu tidak kesampaian apabila isu permintaan gaji sekali lagi menyekat usaha skuad Harimau Selatan untuk menyambar pemain bertaraf dunia.

Bagi Torres pula, kegagalan untuk mencapai kata sepakat tidak memberi kesan mendalam apabila dia memilih untuk kembali ke pangkuan pasukan lamanya, Atletico Madrid selepas dipinjamkan ke gergasi bola sepak Itali, AC Milan.

Penyerang yang kini berusia 39 tahun tersebut turut berkesempatan merasai suasana bola sepak Asia apabila menyertai kelab Jepun, Sagan Tosu pada 2018 sebelum bersara dan menjadi pengurus untuk skuad junior Atletico Madrid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram