'Macam pisang goreng panas', 5 bintang PJ City tunggu masa kena sambar 9 kelab elit


  • Podium
  • Rabu, 09 Nov 2022

Status kewangan serta dana mungkin menjadi antara faktor utama wujudnya khabar angin pembubaran PJ City. — Facebook

SITUASI pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) boleh diibaratkan ‘telur di hujung tanduk’ selepas khabar angin yang mengatakan mereka akan menarik diri dalam saingan Liga Super musim depan.

Sehingga ke hari ini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan pasukan tersebut bagi menjawab kesemua tanda tanya berkenaan keadaan semasa mereka.

Status kewangan serta dana mungkin menjadi salah satu faktor utama yang mendorong kepada wujudnya khabar angin pembubaran pasukan itu.

Tambahan pula, perubahan format liga pada musim depan serta penambahan kuota pemain import semestinya menjadi satu cabaran besar buat pasukan yang tidak mempunyai bajet besar seperti PJ City.

PJ City yang rata-ratanya dibarisi pemain tempatan berstatus bintang pastinya akan menjadi rebutan pasukan Liga Malaysia bagi menghadapi saingan musim depan.

Ini merupakan lima bintang PJ City yang bakal jadi rebutan sekurang-kurangnya sembilan kelab elit musim depan:

kala11_1654954126

Kalamullah dikaitkan dalam radar Kedah Darul Aman FC, Penang FC dan Perak FC. MFL

1. Kalamullah Al-Hafiz (Penang FC, Perak FC dan Kedah Darul Aman)

Penjaga gol utama PJ City, Kalamullah al-Hafiz Mat Rowi dikhabarkan sedang diburu beberapa pasukan Liga Malaysia atas potensi dan kemampuannya.

Berdasarkan persembahannya musim ini, pemain kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu berjaya mengukuhkan benteng PJ City apabila hanya dibolosi sebanyak 27 kali dalam 22 perlawanan.

Kuat khabar angin mengatakan beberapa pasukan Liga Malaysia mula menunjukkan minat untuk membawa Kalamullah ke dalam skuad mereka.

Perkara itu pastinya mendatangkan kegembiraan buat penjaga gawang itu apabila dia berpeluang untuk beraksi di samping benteng pertahanan lebih baik, sekali gus meningkatkan kebolehannya.

Kalamullah dikaitkan bakal berhijrah ke pasukan Kedah Darul Aman FC, Penang FC dan Perak FC bagi memperkuatkan benteng terakhir pasukan mereka.

Mahali-Jasuli-vs-Perak-2021

Mahali terkenal dengan kemampuannya untuk melakukan hantaran, serta mencipta jaringan meskipun bukanlah seorang penyerang. MFL

2. Mahali Jasuli (Kelantan FC dan Negeri Sembilan FC)

Timbul desas-desus bahawa bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli diintai beberapa kelab, antaranya Kelantan FC dan Negeri Sembilan FC pada musim depan.

Pemain pertahanan sayap PJ City FCitu sememangnya satu figura yang cukup disegani dalam arena bola sepak tempatan, melihat kepada kariernya di Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT).

Ketika bersama Gergasi Merah, Mahali terkenal dengan kemampuannya untuk melakukan hantaran, serta mencipta jaringan meskipun bukanlah seorang penyerang.

Selepas itu, dia berhijrah untuk menyertai skuad Harimau Selatan dengan statusnya sebagai pemain senior mampu membawa pasukan tersebut ke satu tahap yang lebih tinggi.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila beberapa pihak pengurusan berminat untuk melihat Mahali menyarung jersi pasukan mereka musim depan.

PETALING JAYA, 13 Mac -- Pemain PJ City FC Darren Yee Deng Lok meraikan gol ketika menentang Kelantan FC pada aksi Piala FA Malaysia 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.Keputusan separuh masa pertama PJ City FC 1-1 Kelantan FC.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penyerang berusia 31 tahun itu dikaitkan bakal berhijrah ke pasukan Sabah FC, Selangor FC dan JDT.

3. Darren Lok (Sabah FC, Selangor FC dan JDT)

Jumlah 10 gol dan dua bantuan dalam saingan Liga Super sudah cukup untuk menjulang nama penyerang PJ City FC, Darren Lok sebagai penjaring terbanyak tanah air.

Tidak cukup dengan itu, sumbangan dan kehadirannya dalam pasukan juga berjaya menarik minat penyokong bola sepak tempatan apabila dia jarang mengecewakan setiap kali beraksi di atas padang.

Selain itu, prestasi membanggakan musim ini juga membolehkannya diturunkan dengan lebih kerap bersama skuad Harimau Malaya dengan ketua jurulatih, Kim Pan-gon meletakkan kepercayaan penuh terhadapnya.

Namun, masa depannya bersama The Phoenix mula dipersoalkan apabila kuat khabar angin bertiup di media sosial yang mengaitkan pemain kacukan England-Malaysia itu dengan penghijrahan keluar.

Penyerang berusia 31 tahun itu dikaitkan bakal berhijrah ke pasukan Sabah FC, Selangor FC dan JDT.

V.-Ruventhiran-PJ-City-FC

Ruventhiran berjaya menarik perhatian Pan-gon menyarung jersi Harimau Malaya. MFL

4. Ruventhiran Vengadesan (Perak FC dan Selangor FC)

Pemain muda meningkat naik, Ruventhiran Vengadesan dikaitkan bakal berhijrah ke pasukan Perak FC dan Selangor bermula musim depan.

Ruventhiran yang menjadi tonggak utama PJ City berjaya menarik perhatian jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk memanggilnya ke dalam skuad Harimau Malaya.

Pemain yang memiliki larian lincah ini pasti menjadi banyak buruan pasukan Liga Malaysia.

Jika pemain berusia 21 tahun ini berhijrah ke pasukan lain, ia akan menjadi kelab kedua buatnya kerana sebelum ini dia memulakan karier bola sepaknya bersama PJ City.

PJ City FC's Kogileswaran Raj s/o Mohana Raj taking the penalty shoot-out and scores the third goal while against Pahang in the Super League match at Uitm Stadium in Shah Alam last night. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. March 6, 2020.

Kogileswaran dikaitkan bakal berhijrah ke pasukan Sri Pahang FC, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman.

5. Kogileswaran Raj a/l Mohana Raj (Sri Pahang FC, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman)

Kogileswaran yang berusia 24 tahun merupakan penyerang utama PJ City selain Darren.

Pada tahun 2016 hingga 2019, dia berjaya meledak dua gol daripada 41 perlawanan semasa mewakili Sri Pahang FC dalam Liga Super.

Ketika bermain untuk PJ City pada 2020 dan 2021, dia berjaya menjaringkan dua gol daripada 19 perlawanan.

Kogileswaran dikaitkan bakal berhijrah ke pasukan Sri Pahang FC, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram