
USAHA untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam dunia golf tidak pernah terhenti memandangkan sukan berprestij itu semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bagi merealisasikan impian untuk melihat lebih ramai pemain golf tempatan beraksi di kejohanan antarabangsa, Crest Link komited menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi bagi mencari bakat baharu.
Sebagai satu-satunya jenama golf terkenal Malaysia, Crest Link baru-baru ini menganjurkan Kejohanan Golf Junior Kejohanan Golf Junior Crest Link-Sportexcel 2022 dengan tema The Future Champ (Jaguh Masa Depan) yang bertempat di Glenmarie Golf & Country Club Malaysia pada 14 September lalu.
Trofi yang menjadi rebutan para peserta Kejohanan Golf Junior Crest Link-SportExcel 2022.
Kejohanan itu menyaksikan empat kategori lelaki dan perempuan dipertandingkan iaitu Bawah 10 tahun (B10), Bawah 12 tahun (B12), Bawah 15 tahun (B15) dan Bawah 18 tahun (B18).
Lebih 100 pemain remaja dan amatur dari seluruh negara datang bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing untuk membuktikan kemampuan mereka di lapangan golf.
Pengarah Urusan Crest Link, Raymond Yee berkata, Crest Link akan terus menyokong semua pemain muda bersama Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk mencipta lebih ramai juara muda pada masa hadapan.
Tambahnya, jenama tempatan itu akan sentiasa berusaha untuk memberikan kualiti pakaian yang terbaik dan sesuai dengan semua pemain golf.
Aksi seorang daripada pemain yang menyertai Kejohanan Golf Junior Crest Link-SportExcel 2022.
"Ini adalah merupakan satu komitmen untuk pembangunan golf yang mampan di rantau ini dan ia telah menjadi sebuah tanggungjawab untuk melahirkan lebih ramai pemain golf masa depan.
"Kejohanan ini pastinya akan menjadi pentas untuk mewujudkan peluang sukan yang banyak bagi golongan belia, mengorak langkah untuk lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
"Tambahan pula, kejohanan ini juga menjadi platform untuk mewujudkan minat di kalangan pemain golf muda untuk terlibat dalam bidang sukan ini," katanya.
Antara peserta yang menyertai kejohanan Kejohanan Golf Junior Crest Link-SportExcel 2022.
Kejohanan tersebut menyaksikan Chung King Loong memenangi kategori lelaki B10 manakala Jane Sim bagi kategori perempuan B10.
Deepika Ganesan muncul juara untuk kategori perempuan B12 dan Azka Azfar Saiful Azhari mengungguli kategori lelaki B12.
Juara kategori lelaki B15 pula menjadi milik Andrew Yap Yung Cheng manakala Nur Batrisyia Balqis muncul pemenang kategori perempuan B15.
Kategori lelaki B18 menyaksikan Aiden Kei Ahmad Shaharuddin bergelar juara dan Sohniya Chandra Mohan pula menyapu gelaran johan kategori perempuan B18.
Bagi gelaran Challenge Trophy, Aiden Kei Ahmad Shaharuddin sekali lagi dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan itu.
Barisan pemenang Kejohanan Golf Junior Crest Link-SportExcel 2022.
Pada kejohanan yang sama, Crest Link mengambil kesempatan untuk memperkenalkan rekaan terbaharu jenama pakaian golf itu kepada peserta.
Crest Link memperkenalkan Crest Link Junior Series yang lebih memfokuskan kepada penampilan bergaya dan fabrik unggul yang akan memberikan keselesaan kepada pemakainya.
Pakaian jenama itu tampil dengan pelbagai warna dan rekaan yang bergaya untuk dipakai oleh kanak-kanak di dalam dan di luar padang golf.
Crest Link menggunakan teknologi Feather-Lite yang direka khas untuk sentiasa berasa ringan apabila dipakai dengan penyerapan lembapan optimum memastikan keselesaan yang lebih lancar pada setiap masa.
Crest Link turut memperkenalkan rekaan terbaharu jenama pakaian golf itu kepada peserta.
Selain itu, Crest Link menggunakan teknologi Micro-Dri untuk semua pakaian Crest Link Performance yang diperbuat daripada mickofiber yang direka khusus untuk prestasi.
Fabrik berkualiti tinggi ini berfungsi untuk menyerap peluh dan lembapan, memastikan pemakainya sejuk setiap masa dan menurunkan suhu badan.
Dengan fabrik berkualiti tinggi, Crest Link ingin memastikan juara muda kekal fokus d an memberikan rasa selesa sepanjang di padang golf.
Junior Collection ini merangkumi semua keperluan yang diperlukan; baju lengan pendek dan panjang, seluar pendek, topi dan stokin.
Layari laman web rasmi di www.crestlink.net untuk mengetahui lebih mendalam tentang jenama ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram