Jurulatih Barcelona bakal bantu Pan-gon


  • Podium
  • Selasa, 08 Feb 2022

PAU Marti Vicente menyertai skuad Barcelona pada 26 September 2017. — Twitter

KETUA jurulatih baharu skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon dikhabarkan bakal membawa penolong jurulatih skuad B18 Barcelona, Pau Marti Vicente untuk membantu beliau membentuk skuad mantap terutama bagi menghadapi kelayakan Piala 2023 pada Jun.

Info terbaharu itu dikongsikan pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

penolong pan-gon

CIAPAN Zulhelmi Zainal Azam berhubung pelantikan Pau Marti Vicente. — Twitter



"Selain jurulatih tempatan, Pan-gon juga akan dibantu jurulatih luar negara.

"Difahamkan, salah seorang penolong jurulatih yang dibawa pengendali dari Korea Selatan itu ialah Pau Marti Vicente yang juga penolong jurulatih skuad B18 Barcelona," katanya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Januari mengumumkan Pan-gon akan membawa bersama staf sokongannya iaitu penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, jurulatih kecergasan dan juruanalisis.

Jg9EPmUT_400x400

PAU Marti Vicente pernah berkhidmat dengan skuad B-18 Barcelona. — Twitter



Berdasarkan laman web Transfermarkt.com, Pau Marti Vicente pernah berkhidmat dengan Adelaide United sebagai penolong jurulatih dari 1 Julai 2013 hingga 11 Mei 2017.

Penolong jurulatih berusia 38 tahun itu kemudian menyertai skuad Barcelona pada 26 September 2017 dan mengendalikan skuad U18, U19 dan Barcelona B dalam tempoh kira-kira lima tahun.

Sementara itu, Facebook Football Agent - Malaysia turut menyenaraikan tiga nama yang dikhabarkan akan membantu Pan-Gon untuk memantapkan skuad kebangsaan.

Mereka ialah Cho Jun Ho sebagai jurulatih penjaga gol, Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis) — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram