Brad Maloney dijangka ganti Cheng Hoe


  • Podium
  • Isnin, 03 Jan 2022

JURULATIH kelahiran Australia berusia 49 tahun itu akan memangku tugas sebagai jurulatih untuk tugasan dalam kalendar FIFA pada Januari dan Mac.

KETUA jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney menjadi bualan para peminat bola sepak tanah air apabila dijangka menjadi calon pilihan untuk memangku tugas menggantikan Cheng Hoe sebagai jurulatih pasukan Harimau Malaya.

Difahamkan jurulatih kelahiran Australia berusia 49 tahun itu akan memangku tugas sebagai jurulatih untuk tugasan dalam kalendar FIFA pada Januari dan Mac nanti selepas pengumuman pengunduran Tan Cheng Hoe pada Isnin.

Khabar berita itu dikongsi wartawan Astro Awani, Zulhelmi Zainal Azam menerusi laman media sosial Twitternya.

Brad ganti cheng hoe

TANGKAP layar ciapan wartawan Astro Awani, Zulhelmi Zainal Azam

Terdahulu, FAM melanjutkan kontrak Brad selama dua tahun untuk mengemudi pasukan kebangsan Harimau Muda dan dia juga memiliki rekod baik bersama skuad B-23 negara selepas membimbing skuad itu layak ke Piala Asia 2022 yang akan berlangsung di Uzbekistan, Jun depan.

Namun begitu, peminat Harimau Malaya mempunyai pendapat tersendiri yang mana mereka inginkan jurulatih lain untuk memimpin Harimau Malaya dan antara nama yang menjadi sebutan mereka ialah iaitu Kim Do Hoon dan Choi Kang Hee yang berasal dari Korea Selatan selain Bojan Hodak yang kini membimbing Kuala Lumpur City FC.

"Kita perlukan jurulatih yang tegas macam Bojan, disiplin macam Shin Tae Yong dan bijak dalam taktikal. Kami perlukan jurulatih baharu," komen pengguna Twitter, keikki24.

"Nampaknya dia (Brad) telah dijadikan kambing hitam. Secara jujurnya kami memerlukan pembinaan semula. Bukan sahaja skuad tetapi dari atas hingga bawah juga, " kata deadsy11. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram