Sri Pahang buru pertahanan UiTM FC


  • Podium
  • Jumaat, 31 Dis 2021

FAIZAL Arif ketika beraksi bersama UiTM FC. — UiTM FC

KELAB Liga Super, Sri Pahang FC dilaporkan sedang memburu seorang pemain tempatan bagi mengisi kelompongan di bahagian pertahanannya.

Sri Pahang menamatkan saingan liga di tangga ketiga tercorot liga, hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

Melepaskan 37 gol dalam 22 perlawanan musim lalu, keempat terburuk dalam liga, Sri Pahang pastinya mahu memperkuat barisan pertahanan bagi menghadapi musim 2022.

Selepas kehadiran pertahanan tengah, Johan Martial, skuad Tok Gajah dilaporkan sedang mengintai seorang lagi pemain pertahanan, kali ini di bahagian kanan.

Pemain UiTM FC, yang tersingkir ke Liga Premier, Faizal Arif dikhabarkan berada dalam radar pasukan yang berpangkalan di Kuantan itu.

Jika perpindahan ini berlaku, Sri Pahang bakal menjadi kelab kedua buat pertahanan berusia 26 tahun itu sejak memulakan karier bersama UiTM FC pada 2016.

Sifat kepimpinan yang ada pada Faizal juga pasti memberi manfaat kepada Sri Pahang kerana pemain itu pernah dilantik sebagai kapten pasukan pada 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram