Undian semula Liga Juara-Juara: Atletico Madrid diundi bertemu Man United, Liverpool jumpa Inter


  • Podium
  • Isnin, 13 Dis 2021

16 pasukan akan berentap dalam aksi pusingan kalah mati sebelum masuk ke peringkat suku akhir. — Agensi

PROSES pengundian untuk perlawanan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim 2021/2022 sudah selesai diadakan di Ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland pada Isnin.

Undian dilakukan secara rawak namun beberapa syarat seperti juara kumpulan akan diundi bersama dengan naib juara kumpulan bukan pilihan.

Selain itu, kelab yang layak ke peringkat kalah mati dari kumpulan yang sama juga dikecualikan daripada diundi bersama.

Perlawanan kalah mati pertama akan berlangsung pada dua minggu berbeza iaitu pada 15/16 Februari dan 22/23 Februari 2022.

Perlawanan timbal balik pula akan berlangsung pada 8/9 Mac dan 15/16 Mac 2022.

Musim ini juga menyaksikan peraturan gol di tempat lawan dihapuskan dan ini bermakna jika mata agregat sama bagi kedua-dua pasukan, maka masa tambahan akan berlangsung.

Namun, cabutan terpaksa dilakukan semula lewat malam Isnin atas sebab teknikal. — Agensi

Berikut adalah senarai perlawanan bagi peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim 2021/2022:

FC Salzburg vs.Bayern Munich

Sporting CP vs. Manchester City

Benfica vs. Ajax

Chelsea vs. Lille

Atletico Madrid vs. Manchester United

Villarreal vs. Juventus

Inter vs. Liverpool

Paris Saint-Germain vs. Real Madrid

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Sukan, Uefa, Bola Sepak, Manchester United, PSG,