Leeds, Arsenal bersaing rebut Noussair Mazroui


  • Podium
  • Jumaat, 15 Okt 2021

MAZROUI beraksi cemerlang bersama Ajax. — Agensi

LEEDS United akan bersaing Arsenal bagi merebut tandatangan pemain pertahanan Ajax, Noussair Mazroui.

Kontrak pemain berusia 23 tahun yang berasal dari Morocco bersama kelab Belanda akan tamat pada akhir musim ini.

Ini sekali gus melayakkannya untuk melakukan perpindahan percuma pada musim panas 2022 atau dengan bayaran yang lebih murah jika dibeli sebelum kontraknya tamat.

Mazroui juga baru sahaja mengupah Mino Raiola sebagai ejen baharunya bagi memberi panduan dan nasihat berhubung masa depannya.

Menurut Football Insider, kelab itu kini perlu berhati-hati kerana mereka melihat pemain pertahanan muda itu mempunyai kemahiran yang sangat diperlukan.

Leeds dipercayai mencari pemain pertahanan baharu, dengan Luke Ayling yang merupakan satu-satunya pemain senior yang bermain pada posisi itu.

Pada masa sama, Ayling, 30, kini mengalami kecederaan cedera dan memasuki tahun-tahun terakhirnya, dan pengurus Leeds Marcelo Bielsa dipercayai berminat mendapatkan khidmat pemain pertahanan Ajax itu.

Sementara itu, Mazraoui yang sudah biasa bermain pada peringkat antarabangsa, telah membuat 12 penampilan untuk Morocco, meskipun berdepan persaingan dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi.

Dia membuat 113 penampilan untuk Ajax pada usianya masih muda dan enam daripadanya adalah di Liga Juara-Juara pada musim lalu.

Jaringan empat gol Mazroiui menerusi 11 perlawanan pada musim ini dijangka menarik beberapa kelab ternama lain di seluruh Eropah.

Namun, pemain pertahanan itu dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal pada musim panas lalu selepas pemergian Hector Bellerin, tetapi The Gunners dilihat berpuas hati dengan pemain baru Takehiro Tomiyasi cemerlang di posisi itu.

Mazroiui sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan AC Milan, Juventus, Roma dan Barcelona, sekali gus Leeds perlu berdepan persaingan sengit untuk meyakinkan pemain muda itu ke England. — Agensi

Leeds, Noussair Mazroui, Arsenal