
MASA kini, permainan video seakan sudah menjadi satu kemestian dalam kalangan generasi milenium malah ada juga ‘otai’ turut terjebak.
Tidak hanya sekadar aktiviti mengisi masa lapang, permainan atas talian juga sudah menjadi platform menjana pendapatan.
Tidak kira apa jenis permainan yang dimainkan, ketejuaan menjadi sebab utama kenapa permainan video menjadi kegilaan tetapi ada juga yang mengakibatkan seseorang menjadi ‘gila’ hingga bertindak luar batas.
Berikut antara tujuh permainan video yang mungkin boleh membuatkan anda mengamuk.
1. Flappy Bird
Siapa sangka permainan video semudah ini boleh membuat anda marah?
Flappy Bird yang pernah menjadi satu kegilaan ramai pemain pada tahun 2013 dahulu boleh membuat orang begitu marah.
Ada yang marah sehingga membaling telefon mereka. Dahsyat!
2. Unfair Mario
Sesuai dengan namanya, Unfair bermaksud tidak adil dan apabila Mario digabungkan dengan tidak adil ada akan mendapat Unfair Mario.
Unfair Mario akan membuatkan anda berasa hidup anda tidak adil. Tiada yang adil dalam Unfair Mario semuanya bakal membuat anda mengamuk.
3. Jump King
Jump King adalah permainan video yang tampak mudah. Anda hanya perlu lompat sehingga ke tempat teratas sekali.
Tetapi sekali anda silap anda berkemungkinan besar akan terus jatuh dan jatuh lagi dan perlu mula semula.
Jikalau bernasib baik anda tidak akan jatuh jauh dari tempat anda berada.
4. Cat Mario
Cat Mario adalah parodi permainan video Mario yang menjadi versi mario tetapi anda mengawal seekor kucing. Cat Mario akan menghukum anda tanpa belas kasihan.
Anda ingat rumput tapi sebenarnya perangkap untuk membunuh. Anda ingat awan biasa tapi sebenarnya akan menghilangkan nyawa.
Platform yang rasa selamat? Bukan itu cuma gambar.
5.Permainan video genre MOBA
Permainan video MOBA semestinya dapat mengajar anda untuk lebih bersabar.
Apabila permainan video boleh dipengaruhi oleh pemain lain pasti sukar untuk menahan kesabaran kerana ada bermacam-macam ragam pemain bila bermain bersama.
Ada yang tak mahu bekerjasama, terlalu bersikap kebudak-budakan dan macam-macam lagi. Sabar saja lah!
6. Super Meat Boy
Super Meat Boy antara permainan video platformer terbaik yang pernah ada.
Antara indie game yang popular dan Super Meat Boy terkenal dengan menambah kemarahan semua orang.
Super Meat Boy mempunyai platform yang sangat susah dan memerlukan ketepatan pergerakan.
Sedikit kesalahan akan membuat anda tewas.
7.Dark Souls
Kesusahan Dark Souls memang terkenal malah sangat tidak adil dan memerlukan anda untuk sentiasa berasa tidak senang.
Daripada raksasa biasa yang bahaya dan bos yang boleh membunuh anda sekelip mata. Setiap kali mati perlu mula daripada awal.
Mampukah anda bersabar lagi? — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram