Hujan 'sekat' hasrat Suresh raih pingat


  • Podium
  • Jumaat, 03 Sep 2021

SURESH beraksi dalam acara recurve menentang Tsydendprzhiev pada Jumaat. — Bernama

HASRAT atlet memanah negara, S. Suresh untuk meraih pingat pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo tidak kesampaian apabila gagal melepasi pusingan pertama peringkat penyingkiran 1/16 acara recurve hari ini.

Cuaca yang tidak mengizinkan di Lapangan Memanah Yumenoshima Park 'membantutkan' usaha Suresh.

Suresh yang juga juara memanah dunia pada 2019, tewas kepada atlet Jawatankuasa Paralimpik Rusia, Bato Tsydendorzhiev dengan keputusan 6-2.

Suresh memulakan panahannya dengan goyah apabila tewas pada set pertama 23-25 sebelum kembali bangkit pada set kedua apabila mengatasi lawannya 28-25, untuk mengikat kedudukan 2-2.

Tsydendorzhiev kemudian kembali mendahului 4-2 apabila menang pada set ketiga dengan 25-23 dan terus mengekalkan momentumnya untuk memenangi set terakhir 28-23 bagi mengesahkan slot ke peringkat seterusnya.

Tsydendorzhiev akan berdepan pemanah India, Harvinder Singh yang menewaskan Stefano Travisani dari Itali dengan keputusan 6-5 pada petang ini. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Paralimpik Tokyo, memanah, S. Suresh