KEPUTUSAN jawatankuasa Paralimpik Tokyo 2021 membatalkan kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli ternyata memberi tamparan hebat buat rakyat Malaysia.
Ciapan di Twitter Paralimpik Tokyo yang mengumumkan kemenangan atlet dari Ukraine susulan pembatalan kemenangan Ziyad mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang bukan hanya dari kalangan rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.
Walaupun keputusan adalah muktamad, tetapi kontinjen Malaysia enggan berputus asa dan akan membuat mengemukakan rayuan kepada World Para Athletics, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa pada Rabu berhubung keputusan lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Chief de Mission, Datuk Seri Megat D Shahriman, sekali gus memberi harapan untuk Malaysia untuk membawa pulang khabar gembira dari Tokyo.
Kemenangan emas Ziyad dirompak selepas kontinjen Ukraine membantah tiga atlet kerana lewat hadir ke call room (bilik menunggu) sebelum acara bermula.
Ziyad berjaya memecahkan rekod dunia apabila melakukan lontaran sejauh 17.95 meter dalam acara itu.
Atlet Australia, Todd Hodgetts dan atlet Ecuador, Congo Villalba menerima nasib yang sama seperti Ziyad apabila penyertaan mereka dibatalkan.
Susulan keputusan terbaru itu, atlet Ukraine M Koval dinobatkan sebagai juara acara itu dengan catatan 17.34 meter, juga rekod baharu dunia.
Kontroversi di Tokyo turut dirasai rakyat di Malaysia dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara yang terawal mengeluarkan kome.
Beliau berkata berkata, bantahan mengenai keputusan itu dibuat oleh pegawai kontinjen Malaysia dan ia masih dibincangkan oleh semua pihak yang terlibat walaupun keputusan adalah muktamad.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga turut meluahkan kekecewaannya dan memberi maklum balas terhadap pengumuman jawatankuasa itu dengan memuat naik ciapan di Twitter.
"Keputusan ini sangat memalukan dan sangat bertentangan dengan semangat Paralimpik.
"Jika benar terdapat kelewatan memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan, anda tidak sepatutnya membenarkan mereka beraksi pada acara itu. Pingat emas dan rekod dunia dicuri," katanya.
Rasa tidak berpuas hati itu juga turut diluahkan atlet gimnastik negara, Farah Ann.
"Ini tidak adil, sangat tidak profesional dan tiada semangat kesukanan," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Rata-rata pengguna media sosial berpendapat jawatankuasa itu seharusnya mengambil tindakan sebelum acara dimulakan bukannya selepas ia tamat.
Pemilik akaun Twitter @aripfredo berkata, "Ukraine sepatutnya memprotes sebelum acara bermula. Inilah cara yang tepat untuk memenangi pingat emas," katanya dengan nada menyindir.
"Seluruh dunia tahu bahawa Ziyad telah memecahkan rekod dunia hari ini," kata pemilik Twitter @JatIkhwan.
Dalam masa beberapa jam selepas pengumuman itu, perkataan Ziyad dan Unprofessional bersama Tokyo Paralympics menjadi trending di Twitter Malaysia.
Terdahulu, Ziyad berjaya memecahkan rekod dunia apabila melakukan lontaran sejauh 17.95 meter dalam acara lontar peluru F20.
Bagaimanapun Ukraine membuat bantahan terhadap tiga atlet termasuk Ziyad kerana dikatakan lewat memasuki call room sebelum pertandingan.
Atlet Australia, Todd Hodgetts dan atlet Ecuador, Congo Villalba menerima nasib yang sama seperti Ziyad apabila penyertaan mereka dibatalkan.
Susulan keputusan terbaru itu, atlet Ukraine M Koval dinobatkan sebagai juara acara itu dengan catatan 17.34 meter, juga rekod baharu dunia.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram