SEKALI pandang, siapa sangka wanita ini bukan sahaja hebat bermain bola sepak malahan turut handal dalam bidang e-sukan.
Lena Güldenpfennig, 20, merupakan seorang guru tadika sepenuh masa tetapi bijak membahagikan masa dengan dua lagi kerjayanya.
Selain menjadi guru, Güldenpfennig bermain dalam pasukan wanita bawah 23 tahun RB Leipzig sebagai penyerang dan merupakan pemain e-sukan, RBPLZ Gaming.
Wanita terbabit mula melibatkan diri dalam e-sukan selepas menampilkan prestasi memberangsangkan dalam satu acara permainan video yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tahun lalu.
Selepas itu, Güldenpfennig menerima panggilan daripada RBLZ Gaming yang menyatakan minat mereka untuk membawa dia ke dalam pasukan bagi musim 2020-2021.
Güldenpfennig terus bersetuju dan pada Mac lalu, dia menjadi wanita pertama bersaing dalam kejohanan Virtual Bundesliga (VBL).
"Mujur saya tidak berdepan sebarang pengalaman diskriminasi terhadap wanita ketika bermain bola sepak. Kebanyakan orang tidak berani untuk melakukan perkara sedemikian dalam kehidupan sebenar.
"Saya banyak menerima mesej berbentuk prejudis di media sosial dan terpaksa memadam satu atau dua komen namun saya cuba tidak mengendahkannya," kata Güldenpfennig.
Menurut Güldenpfennig, dia memilih Dani Olmo sebagai pemain kegemarannya dalam FIFA 21 kerana kemahiran permainannya yang lincah dan pantas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram