MALAYSIA memperoleh pingat emas kedua di temasya Paralimpik 2020 menerusi acara lontar peluru F20 yang diwakili Muhammad Ziyad Zolkefli.
Kejayaan Ziyad bukan hanya dengan menghadiahkan emas kepada negara, malah lontarannya sejauh 17.95m itu turut berjaya memecah rekod dunia dalam acara itu.
Bagaimanapun kemenangan Ziyad itu 'dirompak' kontinjen Ukraine yang membuat bantahan terhadap tiga atlet termasuk Ziyad kerana dikatakan lewat memasuki 'call room' sebelum pertandingan.
Atlet Australia, Todd Hodgetts dan atlet Ecuador, Congo Villalba menerima nasib yang sama seperti Ziyad apabila penyertaan mereka dibatalkan.
Susulan keputusan terbaru itu, atlet Ukraine M Koval dinobatkan sebagai juara acara itu dengan catatan 17.34 meter, juga rekod baharu dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram