MALAYSIA merupakan salah satu negara Asia Tenggara yang mempunyai penonton e-sukan paling ramai di Asia Tenggara.
Menurut laporan oleh Tencent dan Newzoo, Malaysia mencatatkan jumlah penonton seramai 4.1 juta orang sepanjang tahun ini.
Indonesia menjadi negara yang merekodkan bilangan penonton e-sukan paling ramai di rantau ini seramai 17 juta penonton berdasarkan margin penduduk di republik itu.
Tambah laporan berkenaan, nilai pendapatan e-sukan di Asia Tenggara dijangka mencecah AS$72.5 juta (RM305.95 juta) menjelang 2024.
Selain itu, pendapatan e-sukan Asia Tenggara diunjur melebihi rantau lain di seluruh dunia dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 20.8%.
Angka terbabit hampir dua kali ganda kadar pertumbuhan tahunan kompaun global iaitu 11.1%.
Dalam pada itu, lapor Techinasia, permainan video seperti PUBG Mobile, Mobile Legends dan Garena Free Fire paling popular di Asia Tenggara.
Ujar laporan berkenaan itu lagi, kira-kira 39% pemain di rantau ini menggunakan telefon pintar sebagai platform permainan utama mereka manakala 82% daripada jumlah penduduk Asia Tenggara bermain permainan video dalam telefon pintar.
"E-sukan berkembang dengan cepat dan menjadi sebahagian daripada pasaran permainan video tempatan.
"Organisasi e-sukan baharu akan ditubuhkan, penganjur kejohanan bakal memasuki pasaran termasuk syarikat penyiaran dan agensi pemasaran," kata ketua e-sukan Newzoo, Hugo Tristao seperti dipetik oleh portal Techinasia. — AGENSI.