Beri makan gajah, tunggang kuda antara aktiviti warnai Hari Terbuka Putrajaya 2026


  • Nomad
  • Khamis, 29 Jan 2026

Pengunjung berpeluang memberi makan kepada gajah hasil kerjasama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

SEAWAL bulan Januari lagi, Malaysia sudah diwarnai dengan pelabgai jenis acara atau festival yang cukup meriah dari setiap negeri pada 2026.

Tidak terlepas, Wilayah Persekutuan Putrajaya, turut bersedia menghiburkan warga setempat mahupun penduduk luar dengan berlangsungnya Putrajaya Open Day 2026 bermula hari 29 Januari hingga 1 Februari 2026.

Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, acara ini dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari (kecuali Ahad, yang berakhir pada 5 petang).

BACA LAGI: Mudah atasi rasa lapar? Ketahui pro-kontra minum 'protein shake'

BACA LAGI: Pemasaran digital naikkan status graduan, kebolehpasaran bukan sekadar konten media sosial

Pengunjung boleh menantikan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik yang dibahagikan kepada 14 zon.

Terdapat banyak aktiviti yang disediakan dan antara tarikan menarik ialah mencuba e-sukan di Zon 3 atau menikmati pelbagai juadah di festival makanan di Zon 12.

Ini termasuk di Zon 10, pengunjung berpeluang memberi makan kepada gajah hasil kerjasama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

Bukan setakat itu, di zon yang sama acara turut menyediakan aktiviti menunggang kuda, pameran kucing serta pameran trofi hidupan liar oleh Perhilitan.

Selain itu, persembahan kebudayaan dan muzik akan diadakan di pentas utama di Zon 7 serta di lima lokasi lain di sekitar kawasan acara.

Maka, jangan lepaskan peluang untuk hadirkan diri ke sini bersama seisi keluarga untuk melihat kemeriahan acara tersebut di Putrajaya.

Layari Facebook Perbadanan Putrajaya untuk maklumat lanjut, termasuk jadual penuh persembahan dan peta lokasi.

Sekiranya anda tidak dapat menyertai kemeriahan di Putrajaya hujung minggu ini, jangan risau kerana masih banyak acara lain akan menyusul.

Berdasarkan kalendar Tourism Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), antara acara lain yang dirancang berlangsung di bandar ini tahun ini termasuk Festival Ramadan Putrajaya (17 Feb–19 Mac), Festival Royal Floria Putrajaya (12–14 Jun) dan Perarakan Hari Kemerdekaan VM2026 (31 Ogos).— The Star/FLOREY D. MIKIL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram