Bonda Rozita sifatkan Shahida, Fiza menantu terbaik, 'hadiah' termahal dalam hidup, susah senang bersama


  • Relaks
  • Isnin, 21 Apr 2025

Bonda Rozita (kiri) menyifatkan Shahida (kanan) sebagai menantu yang tidak hanya cantik luaran tetapi juga memiliki kecerdasan tinggi.

USAHAWAN dan pengasas produk kecantikan terkenal, Rozita Ibrahim menyifatkan dua menantunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan Fiza sebagai 'hadiah termahal' pernah diberikan kepada anak-anak lelakinya.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, wanita terkenal gelaran Bonda Rozita itu meluahkan rasa syukur dan penghargaan tidak terhingga kepada isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Shahida kerana menjadi peneman setia dalam pelbagai fasa kehidupan termasuk saat jatuh bangun dalam perniagaan.

"Shahida wanita yang saya kasihi. Beauty with brain. Sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu. Jika saya uzur nanti, saya yakin dia boleh menemani saya.

"ALLAH jagakan insan ini untuk Aliff Syukri dan anak-anaknya," tulisnya.

BACA LAGI: Lelaki lebih setia dengan tukang gunting rambut berbanding pasangan sendiri?

BACA LAGI: Terkini! Pasukan perubatan sahkan Michelle Trachtenberg mati akibat komplikasi diabetes, bukan unsur jenayah

Shahida (kanan) setia bersama-sama Aliff Syukri membangunkan apa jua bisnes yang diusahakan.

Bonda Rozita turut mendedahkan bahawa Shahida merupakan sahabat karib yang dapat memahami dirinya, bahkan menjadi tempat berkongsi kisah duka yang tidak diketahui oleh anak-anaknya sendiri.

Tambahannya, sendiri sebagai menantu suatu ketika pengalaman lebih memahami cabaran yang dihadapi oleh seseorang wanita ketika memasuki keluarga suami.

“Saya pernah jadi menantu. Saya tahu pedih dan susahnya masuk dalam keluarga suami. Saya ingin menjadi lebih baik untuk mereka.

“Menantu saya tak kaya tetapi kaya dengan kebaikan, sangat baik dan tak meminta-minta kepada anak-anak lelaki saya,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, Shahida dan Fiza bukan sahaja menantu, malah sudah dianggap sebagai anak sendiri yang sentiasa ada di sisi semasa dirinya diuji dengan kejatuhan bisnes dan tekanan keluarga.

“Mereka sabar, bijak, kuat – itulah kecantikan sebenar mereka. Saya sangat membela hak menantu kerana saya tahu kelemahan anak-anak saya. Mereka ialah anak orang yang perlu dihargai,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Bonda Rozita turut menyentuh tentang keakraban hubungan kekeluargaan antara dirinya dengan kebaikannya, iaitu ibu kepada Shahida yang disifatkan sangat baik dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Syukri hadiahkan kami berdua untuk menunaikan umrah dan haji bersama.

“Kami tidak mencampuri urusan anak-anak, sebaliknya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka,” katanya.

Lebih menyentuh hati, beliau turut mengimbas kembali jasa Shahida dan Fiza yang banyak membantu menjaga adik-beradik Aliff Syukri ketika mereka masih kecil serta memainkan peranan seperti ibu bapa kedua kepada anak-anak saudaranya.

“Saya pesan pada Ajim, Ajah, Ain, Amani bahawa masa kecil dulu abang Aliff Syukri, kak Ida dan abang Ajim, kak Fiza banyak jaga kamu waktu ami kerja jauh,” katanya lagi.

Bonda Rozita turut mengenang jasa Shahida dan Aliff Syukri yang menjadi cucu terbaik ketika arwah ibu bapanya sakit.

"Merekasentiasa menemani dari kampung ke bandar, hospital hingga ke liang lahad tanpa pernah mengeluh atau memberi alasan walaupun sibuk sebagai usahawan berjaya," tambahnya lagi.

Untuk rekod, Aliff Syukri dan Shahida menubuhkan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibrahim Adham, dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram