
YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan membuat kejutan istimewa sempena ulang tahun keputeraan puteri Baginda, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail pada Selasa.
Menerusi perkongsian di Instagram officialsultanibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi bersama Tunku Tun Aminah dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
BACA LAGI: Kerabat diraja berjiwa rakyat, ini antara 5 momen menarik Permaisuri Agong
BACA LAGI: 'Cari tempat tak diganggu berbulan madu', Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah tak sabar timang cucu
"Sambutan ini bukan sahaja menjadi detik istimewa, malah menyerlahkan sisi penuh kasih sayang seorang ayah," tulis hantaran tersebut.
Sebagai rekod, Tunku Tun Aminah diputerakan pada 8 April 1986 di Johor Bahru, Johor.
Beliau merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Seri Paduka Baginda (kanan) berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi bersama Tunku Tun Aminah (tengah). — Instagram/officialsultanibrahim
Tunku Tun Aminah dianugerahkan gelaran Tun oleh Sultan Ibrahim pada 22 November 2012.
Tunku Tun Aminah juga merupakan Penaung DiRaja untuk acara amal Laksamana Run yang dianjurkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJFC) sejak 2017.
Beliau mendirikan rumah tangga bersama Dennis Muhammad pada 14 Ogos 2017. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram