Kurangkan goreng makanan antara 7 tips lindungi kesihatan anda di dapur


  • Sihat
  • Sabtu, 11 Feb 2023

Kurangkan masakan yang digoreng untuk mengehadkan tahap pencemaran di dapur.

UDARA di dalam rumah anda sebenarnya boleh tercemar disebabkan penggunaan gas memasak yang berlebihan.

Bahan pencemar seperti habuk halus dan nitrogen oksida boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan berkemungkinan seseorang boleh mendapat penyakit asma.

Tahap pencemaran bergantung kepada jenis bahan api yang digunakan. Penggunaan gas dan elektrik lebih banyak digunakan di negara maju. Namun begitu, ada juga penduduk di negara membangun lebih gemar untuk menggunakan arang batu, kayu dan bahan bakar.

Penggunaan bahan api yang menghasilkan pencemaran boleh membahayakan kesihatan bagi mereka yang berisiko tinggi.

Berdasarkan laporan, satu daripada lapan kes asma kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) dikaitkan dengan penggunaan dapur gas.

Malah isi rumah yang menggunakan gas asli untuk memasak mempunyai kepekatan habuk halus yang lebih rendah berbanding mereka yang menggunakan beberapa bahan api yang paling mencemarkan seperti arang batu.

Kerajaan di kebanyakan negara cuba memudahkan pengguna untuk beralih kepada peralatan yang lebih mesra alam, namun setakat ini, proses tersebut agak perlahan dan sukar dilakukan disebabkan faktor kos dan kesesuaian penggunaan.

Tetapi terdapat perkara yang boleh dilakukan untuk menjadikan pengudaraan rumah anda berada dalam keadaan baik. Tujuh petua yang boleh dikongsi adalah seperti berikut:

API

Memasak menggunakan alternatif yang sesuai. — Agensi

1. Kurangkan menggoreng

Lebih banyak zarah dikeluarkan sekiranya kaedah menggoreng digunakan berbanding cara memasak yang lain kerana ia melepaskan lebih daripada separuh jumlah pelepasan daripada cara itu. Alternatif yang boleh digunakan ialah dengan merebus dan mengukus makanan.

2. Memendekkan masa memasak

Memilih resipi dan hidangan yang mengambil sedikit masa untuk memasak agar pencemaran dalam dapur dikurangkan.

3. Pantau kualiti udara di dapur

Pendedahan kepada paras karbon dioksida boleh menyebabkan sakit kepala dan mengantuk. Kepekatan zarah halus bawaan udara juga boleh membahayakan kesihatan.

4. Tingkatkan kadar pengudaraan

Selain perlu membuka pintu dan tingkap, penggunaan kipas pengekstrak membantu mengurangkan pendedahan asap di dapur.

Langka ini bertujuan melepaskan udara dari dalam ke luar seperti bau dalaman, kelembapan, asap dan asap dapur.

5. Penggunaan bahan api yang bersih

Memasak dengan gas asli boleh mengurangkan purata pendedahan zarah halus sebanyak 1.3 kali dan 3.1 gas petroleum cecair (LPG), manakala menggunakan dapur gabungan LPG dan periuk elektrik boleh mengurangkan tahap karbon dioksida di dapur sebanyak lebih satu pertiga berbanding menggunakan minyak tanah.

6. Jauhi diri dari dapur

Jika keadaan dapur dipenuhi dengan orang ramai yang sedang memasak, mereka secara tidak langsung mendedahkan diri dengan orang lain yang mana ia boleh meningkatkan tahap karbon dioksida hingga tujuh peratus.

7. Mengurangkan penyusunan bahan api

Penggunaan bahan api yang dikaitkan dengan ketuhar elektrik dan dapur gas, boleh menghalang orang ramai daripada mengamalkan masakan bersih.

Adalah digalakkan anda menukar penggunaan bahan api kepada dapur dan peralatan yang lebih sesuai yang tersedia dan berpatutan.

Beralih daripada menggunakan gas kepada elektrik adalah pilihan yang baik untuk mengurangkan terdedahkan kepada pencemaran di dapur serta mengehadkan pelepasan gas rumah hijau. Kempen, dasar dan infrastruktur daripada masyarakat diperlukan untuk membantu mempercepatkan peralihan ini.

Dilaporkan setiap tahun 3.2 juta orang meninggal akibat penyakit yang berkaitan dengan pencemaran asap udara di rumah. Hal ini kerana, kekurangan kemudahan gas memasak dan bekalan elektrik yang selamat di negara membangun terutama di luar bandar.

Dapur berkuasa solar lebih mudah didapati dan boleh dijadikan sebagai pilihan alternatif. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram