Lima kecuaian utama punca kejadian pecah rumah


  • Massa
  • Ahad, 01 Mei 2022

Anggota polis bertugas boleh membuat pemantauan semasa ketiadaan penghuni di rumah. — Facebook

DUA tahun lalu menyaksikan sambutan raya diraikan ketika negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, tahun ini Aidilfitiri kembali memberi keceriaan buat semua kerana rakyat bebas untuk balik kampung tanpa sebarang halangan daripada kerajaan.

Lebuh raya pasti sesak dengan kenderaan kerana ribuan anak kota berpusu-pusu balik ke kampung halaman.

WhatsApp Image 2022-04-30 at 2.31.10 PM

M Karthigeyen berkata, kejadian pecah rumah boleh berlaku atas faktor kecuaian penghuni sendiri.

Dalam keceriaan ini, jangan lupa kes pecah masuk rumah sering kali berlaku terutama pada musim perayaan antara lain atas faktor kecuaian orang ramai itu sendiri.

Aktivis sosial, Dr M Karthigeyen menyenaraikan lima kecuaian utama yang sering dilakukan orang ramai hingga menjadi mangsa kejadian pecah rumah.

50w

Pastikan rumah ada pencahayaan mencukupi bagi mengelakkan pencuri masuk dengan mudah. — Facebook

1. Tutup elektrik (lampu) sepenuhnya

Tindakan menutup semua lampu hanya memudahkan penjenayah kenal pasti rumah berkenaan sebagai tiada penghuni dan memudahkan mereka masuk tanpa pengetahuan jiran tetangga. Pastikan rumah ada pencahayaan mencukupi bagi mengelakkan pencuri masuk dengan mudah.

7d999eef-648a-49d0-bb52-ca99118e-20220301040319

Mangga memerlukan peralatan khas untuk membukanya sekali gus menyukarkan tugas pencuri. — Facebook

2. Pintu tidak dikunci dengan betul

Ini antara kecuaian yang paling kerap dilakukan iaitu pintu utama dan gril rumah tidak dikunci sebaiknya atau menggunakan kunci biasa tanpa mangga atau 'padlock'. 'Pad lock' sebagai tambahan keselamatan, kerana ianya memerlukan peralatan khas untuk membukanya sekali gus menyukarkan tugas pencuri.

Getting ready to set home security alarm

Bunyi penggera akan menakutkan pencuri dan mengejutkan jiran tetangga. — Facebook

3. Tiada sistem penggera di rumah

Pada zaman serba maju, perlu ada sistem penggera ini bagi memastikan rumah kita sentiasa dipantau melalui telefon pintar walaupun tuan rumah berada di luar kawasan. Sistem penggera digital ini dapat gambaran persekitaran rumah dan sekiranya ada penceroboh, ia akan menghasilkan bunyi (alarm) terus kepada telefon pintar kita. Harganya pun murah selain boleh dibeli dengan mudah di Shopee.

Facebook User Info Exposed

Mengemas kini status balik kampung boleh menjadikan anda sasaran mudah kepada pencuri. — Facebook

4. Kemas kini status 'balik kampung' dalam media sosial

Penjenayah sekarang lebih maju dengan adanya media sosial kerana mudah bagi mereka mencari sasaran mangsa. Fungsi 'check-in' di lokasi kampung halaman masing-masing juga dikhuatiri akan menjadi indikator kepada penjenayah bahawa anda tiada di rumah sekali gus memudahkan mereka. Justeru berhati-hatilah dan sentiasa beringat supaya anda tidak menjadi mangsa.

ptj14-27042022-ops-selamat_2328975_20220427220917

Anggota bertugas boleh membuat pemantauan semasa ketiadaan penghuni di rumah. — Facebook

5. Tidak melaporkan kepada balai polis berdekatan sebelum balik ke kampung

Pihak Polis Diraja Malaysia sering kali mengingatkan orang ramai sekiranya balik kampung dan tiada penghuni di rumah, harus laporkan kepada pihak balai berdekatan untuk langkah keselamatan dan pemantauan.

Mereka boleh memaklumkan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau bilik gerakan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah, memuat turun borang balik kampung melalui pautan http://rmp.gov.my atau aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam telefon pintar.

Akhir sekali, beliau yang juga bekas sukarelawan polis menyarankan agar orang ramai sentiasa peka terhadap keselamatan kediaman anda sebelum pulang ke kampung di musim raya ini.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitiri buat semua sahabat Muslim di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram