SEBUAH rumah unik mampu berputar yang terletak di sebuah pekan kecil utara Bosnia merupakan sebuah monumen cinta yang dibina oleh Vojic Kusic untuk isterinya.
Mungkin tidak sehebat Taj Mahal, namun, dengan menggunakan fasad hijau dan bumbung besi bewarna merah, rumah yang direka dan dibina oleh Vojin Kusic 72 tahun itu mampu berputar 360 darjah bagi memuaskan kehendak isterinya Ljubica yang sering berubah tentang pemandangan yang ingin dilihatnya di luar rumah.
“Setelah anak-anak mengambil alih perniagaan keluarga dan usia saya yang sudah lanjut, akhirnya saya mempunyai waktu menunaikan hajat isteri untuk mengubah posisi bilik di rumah mengikut kehendak hatinya,” Kata Kusic.
Semenjak berkahwin, Kusic membina sebuah rumah untuk keluarganya dan membesarkan tiga orang anak. Pada masa itu, isterinya inginkan bilik yang berhadapan dengan matahari dan Kusic tunaikan hasratnya itu.
Namun, ruang tamu rumahnya itu membelakangkan jalan dan lama-kelamaan, isterinya mengadu padanya bahawa dia tidak dapat melihat siapa memasuki halaman rumah mereka, menyebabkan Kusic mengubahsuai semula rumahnya itu.
“Saya perlu merobohkan dinding antara dua bilik tidur dan mengubah pendawaian elektrik sedia ada. Ini tugas yang berat dan saya perlu fikirkan banyak perkara. Tetapi, saya buat apa dia inginkan,” katanya.
Enam tahun yang lalu, anak lelakinya berkahwin dan tinggal bersama mereka di tingkat atas dan Kusic pindah ke tingkat bawah.
“Sekali lagi, saya perlu mengubah semula tingkat bawah rumah saya tetapi kali ini saya tidak menunggu isteri untuk ubah fikiran, saya mengambil keputusan untuk membina rumah baru dan mampu berputar supaya isterinya boleh pusingkan sesuka hati,” ulas Kusic.
Walaupun Kusic tidak menyambung pengajian di kolej, kini dia merekacipta rumah yang mampu berputar seorang diri dengan hanya menggunakan motor elektrik dan tayar dari kenderaan tentera lama.
“Kini, pintu rumah kami juga berputar, jika isteri saya melihat tetamu tidak diundang, dia cuma perlu pusingkan rumah dan mereka pasti beredar,” guraunya.
Di Bosnia, nama isterinya membawa maksud “yang tercinta”. Isterinya enggan untuk ditemuramah. — The Star

Kusic membina sendiri rumahnya dengan menggunakan motor elektrik dan tayar dari sebuah kenderaan tentera lama.
Semenjak berkahwin, Kusic membina sebuah rumah untuk keluarganya dan membesarkan tiga orang anak. Pada masa itu, isterinya inginkan bilik yang berhadapan dengan matahari dan Kusic tunaikan hasratnya itu.
Namun, ruang tamu rumahnya itu membelakangkan jalan dan lama-kelamaan, isterinya mengadu padanya bahawa dia tidak dapat melihat siapa memasuki halaman rumah mereka, menyebabkan Kusic mengubahsuai semula rumahnya itu.
“Saya perlu merobohkan dinding antara dua bilik tidur dan mengubah pendawaian elektrik sedia ada. Ini tugas yang berat dan saya perlu fikirkan banyak perkara. Tetapi, saya buat apa dia inginkan,” katanya.
Enam tahun yang lalu, anak lelakinya berkahwin dan tinggal bersama mereka di tingkat atas dan Kusic pindah ke tingkat bawah.

Rumahnya yang mampu berputar bulatan penuh bagi memuaskan kehendak isteri yang sering berubah. Gambar — Radivoje Pavicic/AP