Makan piza ketika sarapan lebih sihat berbanding bijirin bergula


  • Sihat
  • Rabu, 29 Sep 2021

SEPOTONG pizza keju biasa mengandungi sumber khasiat yang seimbang termasuk karbohidrat, protein, dan lemak. — Agensi.

BIJIRIN adalah antara makanan paling popular yang diambil oleh kebanyakan orang ketika sarapan pagi.

Ia sering dijaja sebagai makanan yang mengandungi pelbagai jenis khasiat yang diperlukan oleh tubuh dan merupakan makanan sempurna untuk memulakan hari.

Namun, pakar nutrisi yang berasal dari New York, Amerika Syarikat, Chelsey Amer berkata, makan piza untuk sarapan sebenarnya lebih baik berbanding bijirin bergula.

Bagaimanapun, katanya, itu bukanlah bermakna piza merupakan makanan yang sihat untuk memulakan hari anda, tetapi ia alternatif yang lebih baik berbanding bijirin yang kaya dengan gula.

"Sepotong piza keju biasa mengandungi sumber khasiat yang seimbang termasuk karbohidrat, protein dan lemak.

"Semangkuk bijirin bergula dengan susu rendah lemak pula sebahagian besarnya mengandungi gula dan karbohidrat yang amat tinggi," katanya.

Chelsey berkata, dia tidak mengesyorkan piza sebagai sarapan harian, tetapi sebaliknya mahu orang ramai sedar akan kandungan yang terdapat di dalam bijirin bergula.

“Orang ramai harus fokus terhadap keseimbangan sumber khasiat makanan yang mempunyai karbohidrat berserat tinggi, protein tanpa lemak, dan lemak yang sihat agar kekal kenyang sepanjang pagi.

"Sangat mengejutkan apabila mengetahui bahawa piza mengandungi protein yang sama atau lebih tinggi daripada bijirin yang menjadi makanan utama yang kanak-kanak Amerika ambil untuk sarapan," tambahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram