BUNYI kunyahan ketika menikmati makanan ada kalanya menjengkelkan bagi sesetengah individu, lapor portal Independent.
Seseorang yang berasa marah atau jengkel dengan bunyi ini dikatakan menghidap penyakit misofonia.
Selain itu, bunyi papan tulis dikikis oleh papan tulis, sudu dan garpu berlaga adalah antara bunyi yang membuatkan sesetengah individu terasa ngilu.
Meskipun masalah ini adalah kecil, namun ia mungkin mengganggu kehidupan seharian bagi sesetengah individu.
Ada kalanya bunyi berkenaan boleh mencetuskan tindak balas emosi atau fizikal kepada penghidap misofonia.
“Individu yang mengalami misofonia akan memberi reaksi emosi dan tingkah laku agresif terhadap bunyi tertentu yang berkaitan dengan aktiviti makan, menghirup, bersendawa, bernafas mahupun bunyi buatan manusia yang dilakukan secara berulang-ulang, “ kata Pakar Misofonia, Dr Hashir Aazh.
Satu kajian baru-baru ini yang diterbitkan oleh penyelidik di University of Newcastle membandingkan imbasan otak di antara individu yang mengalami misofonia dengan individu yang tidak mengalami penyakit itu.
Hasil kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami misofonia diklasifikasikan sebagai sangat sensitif dari segi pendengaran dan kawasan yang berkaitan dengan wajah, mulut dan tekak.
Peneliti di universiti yang mengetuai kajian itu, Dr Sukhbinder Kumar berkata, penghidap penyakit ini dapat mengurangkan gejala dialami mereka dengan meniru semula bunyi yang menjengkelkan itu. —AGENSI