“MEREKA boleh halang saya empat atau lima kali tetapi saya tidak akan berputus asa!"
Ungkapan itu yang keluar daripada Reza Baluchi, selepas cubaannya ‘berlari’ di lautan dari Miami ke New York dihalang oleh pihak berkuasa tempatan.
Lelaki kelahiran Iran ini bercadang berlari dalam ‘hamster wheel’ untuk mengutip sumbangan.
Ini bukanlah insiden pertama kali dilakukannya dan Reza diselamatkan.
Pada 2014, Baluchi cuba melakukan perjalanan 3,000 batu dari Florida ke Bermuda dengan menggunakan ‘hydro-bubble’ dan turut mengulanginya pada 2016.
Mengulas usaha dilakukannya itu, Reza berkata misinya adalah untuk menjana wang bagi kegunaan pihak berkaitan perkhidmatan awam.
“Tujuan saya adalah mengumpul wang untuk disalurkan kepada gelandangan, pengawal pantai, polis dan bomba.
“Mereka adalah agensi perkhidmatan awam dan mereka melakukan tugas untuk keselamatan serta menolong orang,” kata Baluchi.
Pihak berkuasa turut menyiarkan gambar ‘kenderaan’ yang mahu digunakan Baluchi.
“Terima kasih atas keprihatinan rakyat yang melaporkan kejadian ini. Kami gembira untuk maklumkan yang individu berkenaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” menurut kenyataan pihak berkuasa. – AGENSI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram