'Pembelian berbaloi', fans Harimau Selatan puji Murilo tapi Corbin Ong pula dikritik


  • Podium
  • Rabu, 06 Nov 2024

Barisan pemain Harimau Selatan meraikan kemenangan selepas menewaskan juara Liga Korea Selatan, Ulsan Hyundai HD dengan keputusan 3-0. — Facebook/Johor

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berjaya membenam juara Liga Korea Selatan, Ulsan Hyundai HD dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite dengan keputusan 3-0 pada Selasa.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu menyaksikan gol daripada Arif Aiman Hanapi, Oscar Arribas dan Bergson da Silva memberi kelebihan buat skuad Harimau Selatan meraih kemenangan kedua mereka dalam peringkat Kumpulan A.

Tiga mata yang dikutip itu turut menyaksikan JDT menduduki tangga ketiga selepas empat perlawanan dengan tujuh mata sudah dikutip dengan ia mencerahkan lagi peluang mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.

BACA LAGI: 'Dah macam wakil regu Thailand', fans Malaysia seram 'line-up' Royal Thai Air Force anggap bawa misi balas dendam Piala Dunia

BACA LAGI: Bola sepak Sabah kembali 'bernafas', kontrak Kim Swee akhirnya disambung

WhatsApp Image 2024-11-06 at 16.42.42 (1)

Murilo cemerlang mengekang asakan daripada Ulsan Hyundai apabila tiada jaringan berjaya dicetak pelawat. Facebook/Johor

Kemenangan di laman sendiri pastinya memberi kepuasan kepada penyokong Harimau Selatan terutamanya dengan persembahan cemerlang daripada bintang import, Murilo Henrique Santos yang berjaya menghalang serangan lawan.

"Semua perform tapi paling padu si Murilo, laju, body keras, skil tenang," kata Zoey Ikhwan.

"Murilo satu pembelian yang berbaloi, suka tengok dia main, bila bola dekat kaki dia kita yang tengok pun rasa confident," kata Rileks Ajerr.

"Memang berbaloilah JDT ambil si Murilo ini, memang padu tengok dia main," kata Abdul Halim.

Namun, di sebalik kejayaan itu, prestasi kurang memuaskan bek kiri JDT, La'Vere Corbin Ong, turut mendapat perhatian dengan beberapa penyokong mula mengkritik penampilannya yang dilihat tidak berada pada tahap terbaik.

"Memang tiada harapanlah Corbin nak masuk first eleven lepas ini, Murilo sekarang dah makin mantap," kata Ikhwan.

"Murilo ini memang padulah, berbeza dengan Corbin yang tak berani nak bawa bola ke depan, tak berani nak one by one dengan defend," kata Alan Nani. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram