Momen rantai Syria dapat pujian ekor Harimau Malaya, tapi taring masih tumpul depan pintu gol


  • Podium
  • Rabu, 06 Sep 2023

Harimau Malaya meraih keputusan seri 2-2 dalam aksi bertemu Syria di China pada Rabu. — Facebook/FAM

SKUAD Harimau Malaya seolah-olah lulus ujian pertama Malaysia di bumi China apabila berjaya mengikat skuad berada dalam ranking lebih baik, Syria dengan keputusan seri 2-2 pada Rabu.

Menentang pasukan bernombor 94 dunia, Malaysia bagaimana pun ketinggalan dengan dua gol pada separuh masa pertama menerusi jaringan Mardik Mardikian dan Yassin Samia.

Di separuh masa kedua, skuad negara meningkatkan prestasi dan hasilnya berjaya untuk mengurangkan defisit gol menerusi pemain gantian Akhyar Rashid.

Harimau Malaya terus menguasai perlawanan dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil jaringan Darren Lok.

375323045_1006801833726386_3541023202053882935_n

Akhyar mengurangkan defisit untuk Malaysia di separuh masa pertama. — FAM

Usaha keras yang ditunjukkan oleh skuad kendalian Kim Pan-gon ini nyata menerima pujian oleh 'ekor Harimau Malaya'.

"Padu Malaysia. Permainan kemas, tak sabar untuk Pestabola Merdeka nanti," kata penyokong bernama Man Junior.

Rata-rata penyokong memuji impak Safawi Rasid dan Akhyar yang masuk sebagai pemain gantian.

"Safawi dengan Akhyar kalau ada dalam permainan mesti mantap. Dan yes gol pun!," kata Faa Ahmad.

"Cantik gerakan Safawi, cantik tapping Darren," komen Marq Muhd.

Akan tetapi, penyokong tetap berasakan kualiti penyudah masih lagi perlu dibaiki oleh Pan-gon dan pemain-pemainnya.

"Tajamkan lagi serangan, kita pegang bola dah okay. Cuma pertahanan dan serangan itu kena improve lagi," ujar Khai Syafiq.

"Penguasaan ada tapi marking kurang, shooting pun kurang padu. Syria walau sesekali menyerang tapi sharp," kata Ahmad Fauzi Azali.

Ujian seterusnya untuk pasukan Harimau Malaya adalah dengan menentang China pada Sabtu (9 September). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram