Pemain simpanan Selangor jadi senjata rahsia TCH musim depan


  • Podium
  • Sabtu, 08 Okt 2022

Pemain Selangor meraikan kejayaan selepas membelasah Melaka United. — Facebook/MFL

PASUKAN Selangor kembali menemui rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan Melaka United dengan keputusan 5-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Kelana Jaya, Selangor pada Sabtu lepas.

Malah skuad Gergasi Merah juga menundukkan PJ City dalam perlawanan Derby Lembah Klang dengan kemenangan tipis 1-0 pada Jumaat.

Tan Cheng Hoe yang diumumkan sebagai ketua jurulatih Selangor pada bulan lalu dan aksi berdepan Melaka United adalah sentuhan pertamanya bersama juara Piala Malaysia 33 kali itu.

Semasa perlawanan tersebut, pada minit ke-59 pemain muda Selangor, Aliff Haiqal dimasukkan bagi menggantikan Hein Htet Aung untuk mengubah corak permainan pasukan Selangor.

Terbukti dengan kemasukan Aliff Haiqal, dia memberikan impak segera apabila pada minit ke-63 pemain itu terlibat dengan satu serangan hantaran pendek yang hampir menghasilkan gol ketiga buat pasukannya.

Menerusi satu hantaran Instagram oleh @selangorfans_official pada Jumaat, menjangkakan bekas pemain PKNS itu bakal menjadi pemain penting buat Cheng Hoe pada musim depan.

"Aliff Haiqal dijangka bakal jadi tonggak penting jentera tengah Selangor di bawah Tan Cheng Hoe.

"Kemampuan Aliff akan lebih menyerlah dengan taktikal Tan Cheng Hoe yang menerapkan hantaran-hantaran pendek dan pantas yang mendominasi jentera tengah nanti," tulis hantaran tersebut.

308911639_520520003413066_1170076081897471214_n

Aliff Haiqal berjaya membuat 11 penampilan beserta satu gol dan empat bantuan gol sepanjang musim ini. Facebook/Selangor FC

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen menyaksikan rata-rata penyokong Selangor bersetuju dengan hantaran yang dimuat naik oleh @selangorfans_official dan ada juga berharap pemain tersebut lebih menyinar di bawah bimbingan Cheng Hoe.

"Dia ini memang kena dengan taktikal tiki-taka, dulu masa Neitzel pun dia perform sebab guna taktikal yang sama," kata @Naa.zyf.

"Sepatutnya dah lama Aliff ini patut main kesebelasan utama sebab kalau dia main mesti bahagian tengah hidup," ujar @Fizzy_13.

"Akhirnya ada juga jurulatih yang reti guna Aliff Haiqal, potensi sangat besar, gilap sikit lagi dah boleh sama dengan bintang JDT," jelas @Mruljmie.

Bersama Selangor, Aliff Haiqal berjaya membuat 11 penampilan beserta satu gol dan empat bantuan gol sepanjang musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram