'Ajak TMJ main sekali, boleh erat hubungan Kedah-Johor'


  • Podium
  • Isnin, 28 Mac 2022

AKSI Muhammad Sanusi ketika mewakili pasukan Veteran MB menentang Veteran Polis di Stadium Darul Aman pada Ahad. — Facebook

"Saya masih Kedah walaupun depa (mereka) bagi jersi biru merah".

Itu respons Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika gambarnya bermain bola sepak dimuat naik di media sosial.

Terdahulu, Muhammad Sanusi hadir bermain bola sepak mewakili pasukan Veteran MB menentang Veteran Polis pada Ahad.

Perlawanan itu diadakan bersempena perlawanan akhir dan majlis perasmian penutupan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Piala Ketua Polis Kedah yang diadakan di Stadium Darul Aman.

Menerusi ruangan komen, ramai yang berbangga dengan aksi lincah Muhammad Sanusi dalam perlawanan tersebut.

Malah, ada yang mahukan pasukan itu mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Tengku Mahkota Johor (TMJ).

kedahhh

TANGKAP layar sebahagian daripada komen yang inginkan MB Kedah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan TMJ. — Facebook

"Nanti boleh buat perlawanan persahabatan dengan pasukan TMJ," kata Shukri Shuk.

"Ada gaya ni YB. Nanti boleh ajak TMJ main sekali. Boleh mengeratkan hubungan Kedah dan Johor," kata Saffuan Abdullah.

"Buat perlawanan persahabatan satu dengan Tuanku TMJ," kata Aling Nasi Kabu

"Boleh buat perlawanan persabahatan dah tu YB. Lawan dengan pasukan MB Kedah vs Pilihan TMJ. Gerenti berasap," kata Arizal Nordin.

Untuk rekod, hubungan Muhammad Sanusi dan TMJ sebelum ini sering menjadi isu kerana kedua-dua saling membuat serangan nakal di media sosial berkenaan dengan bola sepak Kedah dan JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram