USAHA Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempromosikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) tidak begitu disenangi oleh rakyat.
Dalam satu hantaran di laman sosial Facebook pada Jumaat, KKM berkongsi video pengalaman anak selebriti, Lisa Surihani menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
"Duta Imunisasi UNICEF Malaysia, Lisa Surihani berkongsi pengalaman memvaksinasi anak perempuannya yang berusia 7 tahun baru-baru ini di PPV PWTC.
"Terima kasih atas perkongsian ini," tulisnya.
Menerusi video berkenaan, ramai yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'klise' (lapuk) kerana menggunakan selebriti sebagai agenda promosi.
Tidak hanya itu, mereka juga mempersoalkan mengapa KKM tidak berkongsi pengalaman anak 'menteri' yang menerima vaksin.
Salah seorang pemilik akaun, Mafueza Fueza menulis di ruangan komen meminta KKM berkongsi hantaran anak Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerima vaksin Covid-19.
"Kongsi anak Khairy dulu ambil vaksin, bukan main lagi kongsi status anak selebriti,'' katanya.
Begitu juga, Huzaifi Cafiin yang mahukan perkara sama.
"Saya bukan mahu tengok anak Lisa Surihani tetapi anak-anak menteri," ujarnya.
Pungguk Perindu Pungguk Perindu, turut menyatakan perkara sama dan turut meminta video cucu menteri divaksin.
"Kami mahu tengok anak cucu menteri pula admin, macam meriah sahaja," kongsinya.
Melihat kepada komen-komen netizen, Majoriti cuba menghubungi KKM dan masih menunggu respons berhubung perkara tersebut.
Bagaimanapun, Majoriti difahamkan, ada anak menteri yang masih menunggu giliran untuk temujanji vaksinasi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram