
FAKTOR tekanan emosi yang memaksa mangsa gangguan seksual perlu menceritakan semula setiap perincian kes merupakan salah satu sebab mengapa mangsa mengambil masa untuk melaporkan atau bertindak untuk tidak melaporkan langsung kejadian yang menimpa diri mereka.
Menerusi pengguna Twitter, Saiful Nizam di bebenangnya, dia berkongsi beberapa faktor kenapa mangsa bertindak seperti berdiam diri yang yang dapati hasil dari pembacaan serta sedikit pengalamannya berkaitan dengan gangguan seksual dan rape culture.
TANGKAP layar hantaran dari Saiful Nizam
"Faktor hubungan juga membuatkan mangsa berfikir banyak kali sama ada mahu buat laporan atau tidak. Selalunya pemangsa adalah orang yang dikenali.
"Faktor takut, ramai mangsa yang takut kepada pemangsa kerana mereka takut diri mereka akan dimalukan, takut disalahkan dan segala macam takut bermain di fikiran mereka," tambah lelaki itu.
Peguam itu juga berkongsi jika mangsa mengambil mangsa untuk laporkannya, itu adalah perkara normal dan ada mangsa yang mengmbil masa bertahun untuk dapatkan kekuatan melaporkan perkara malang yang menimpa diri mereka.
"Tiada bukti kukuh. Juga antara punca kenapa kes-kes gangguan seksual selalunya didiamkan. Namun pihak polis mempunyai kaedah-kaedah mereka yang khusus untuk membuat siasatan agar keadilan dapat ditegakkan," tambah pengguna Twitter itu.
Susulan bebenang dari Saiful, ada di antara warganet yang berkongsi kisah pengalaman rakan mereka yang turut mengambil masa untuk melaporkan kejadian ganguan seksual.
"Dicium oleh ustaz yang mengajar mengaji masa umur 6 tahun. Tahu perbuatan itu salah masa umur 14 tahun, bercerita dengan orang luar masa umur 24 untuk sebarkan kesedaran kepada budak-budak zaman sekarang patut tahu apa yang orang dewasa boleh buat dan tidak boleh buat dekat kita," kata pengguna Twitter, HdyhAlif.
"Saya ada kenal orang yang lebih dari 10 tahun kena cabul baru berani cerita dekat orang dan sekarang sudah jadi kes mahkamah pun. Lamanya dia merana dalam diam. Masa dia cerita saya nangis sebab saya kenal pelaku," komen dari pengguna Twitter, cikalin_ di hantaran Saiful Nizam.
Terdahulu, media tempatan melaporkan sebanyak 11,914 kes gangguan seksual direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2018 hingga Ogos lalu dengan 90 peratus pemangsa ialah mereka yang dikenali dan antara modus operandinya menampilkan watak baik.
Saiful Nizam merupakan ayah kepada Ain Husniza, pelajar yang mendedahkan perbuatan guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolahnya yang bergurau keterlaluan seakan menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram