'Guru enggan divaksin patut dibuang kerja'


HANYA tinggal sekitar 2,000 daripada 2,500 guru yang enggan divaksin masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat ini. — The Star

KURANG tempoh seminggu lagi sesi persekolahan secara bersemuka akan dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada Ahad berkata, hanya tinggal sekitar 2,000 daripada 2,500 guru yang engggan divaksin, masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Radzi dilaporkan berkata, sekiranya guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terjejas, mereka berkemungkinan akan ditukar ke tempat lain.

Katanya, demi kepentingan perkhidmatan dan keselamatan pelajar, pihaknya sedang melihat cara untuk membawa keluar guru terbabit dari sekolah, manakala antara solusi ialah melakukan pertukaran tempat mengajar.

Mengulas mengenai perkara itu, pengguna laman Facebook dikenali Jol Dan menggesa supaya penjawat awam yang tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan dan mencabar undang-undang perlu diberhentikan pekerjaan, disebabkan ramai lagi yang masih menunggu untuk mendapat jawatan di perkhidmatan awam.

Pengguna Apai Kevindeka yang berpendapat sama berkata, guru yang enggan menerima vaksin perlu dibuang kerana ramai lagi guru yang telah divaksin boleh meneruskan khidmat pengajaran.

“Kenapa nak tukarkan mereka ke tempat lain sedangkan semua orang pun ambil vaksin,” katanya.

template (29)

Antara komen-komen netizen di laman Facebook.

Rasta Rasta Racid pula menyifatkan, guru-guru yang enggan divaksin adalah individu yang mementingkan diri sendiri dan oleh sebab itu kerajaan juga mempunyai hak untuk mementingkan keselamatan dan kesihatan murid-murid dan kakitangan lain.

“Masing-masing ada pilihan tersendiri. Jangan salahkan pihak kerajaan. Salahkan diri sendiri kalau pentingkan diri sendiri,” katanya.

Karulah Sulaiman menulis: “Buang je kerja ramai lagi yang boleh jadi guru. Bahayakan pelajar je kalau tak ambil vaksin,”

“Yang tak nak vaksin tak boleh biar gaji buta je, patut letak bawah unpaid leave (cuti tidak bergaji),” kata Wei Chen Koo.

Selain itu, Noor Desa Watty mendesak guru-guru yang enggan divaksin supaya memikirkan kebaikan bersama.

“Bukankah cikgu sepatutnya jadi contoh yang baik. Kalau cikgu tak mahu vaksin, murid-murid lagilah tak nak vaksin nanti,” katanya.

Fazlee Zack pula berkata: “Nama je guru tapi tak bagi contoh yang baik pun.Layak ke mereka digelar guru?

“Pentingkan diri, takut mati kena vaksin,” katanya kesal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

guru, vaksin, buang kerja, radzi jidin,