Hanya dua negara 100 peratus Muslim


  • Mukmin
  • Rabu, 01 Sep 2021

JIKA ada tokoh Islam yang mahu menyebarkan dakwah di Mauritania, perlu mendapatkan persetujuan daripada kerajaan negara itu terlebih dahulu. — Agensi

INDONESIA diiktiraf sebagai negara yang mempunyai populasi penduduk Muslim terbesar di dunia.

Namun terdapat dua sahaja negara di dunia yang 100 peratus populasi penduduknya adalah beragama Islam iaitu Mauritania dan Maldives.

Mauritania menerapkan syariat Islam sebagai undang-undang negara berkenaan dalam semua aspek seperti kehidupan, sosial, politik, budaya dan ekonomi.

Penduduk di Mauritania mengamalkan ajaran mazhab Maliki dan negara itu mempunyai 100 peratus penduduk Muslim sejak 1960.

Sebelum itu, Mauritania dijajah oleh Perancis tetapi selepas mencapai kemederdekaan, satu perlembagaan telah disusun pada 1985 dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara itu.

Mauritania juga menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi negara itu selain bahasa ibunda mereka seperti Pulaar, Soninke dan Wolof.

Bagi Maldives pula, pemerintah negara kepulauan kecil itu mewajibkan semua rakyatnya untuk menganut agama Islam.

Agama Islam mulai tersebar di Maldives sekitar abad ke-12 iaitu bermula 1152 dan semua penduduknya merupakan penganut Islam Sunni.

Kerajaan Maldives juga tidak membenarkan rakyatnya yang bukan beragama Islam untuk mengundi.

Langkah terbabit dibuat bertujuan untuk melestarikan sistem pemerintahan yang bercirikan Islam di negara tersebut.

Kerajaan Maldives turut tegas terhadap fahaman radikal yang cuba memasuki negara itu.

Oleh sebab itu, sekiranya ada tokoh Islam yang mahu menyebarkan dakwah di sana, perlu mendapatkan persetujuan daripada kerajaan negara itu terlebih dahulu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Muslim, negara Islam, Mauritania, Maldives