KEPUTUSAN untuk berpindah ke Indonesia dari Amerika Syarikat pada tahun 1999 telah membuka ruang baru buat hidupnya selepas berzaman berkecimpung dalam industri muzik.
Menjadikan platform muzik sebagai medium untuk berdakwah, Kumayl Mustafa Daood atau yang dikenal sebagai Mustafa Debu sebagai vokalis kumpulan Debu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat muzik di Indonesia.
Menurutnya, menyanyi sudah menjadi aktiviti kebiasaan bersama keluarga sejak kecil. Dia juga sudah dididik tentang Islam oleh keluarganya dan sangat meminati genre muzik berunsurkan keagamaan.
"Bernyanyi dan menikmati muzik adalah aktiviti yang dilakukan oleh keluarga sejak turun temurun. Ia sudah sebati dalam diri saya dan selepas berpindah ke Indonesia, saya bertekad untuk berkongsi minat itu dengan peminat muzik di sini.
"Saya tidak menyangka bahawa sambutan peminat muzik di Indonesia sangat menggalakkan. Album pertama kami, Mabuk Cinta, juga laris malah single Cinta Saja juga menjadi siulan di corong-corong radio," kata Mustafa.
Tambahnya yang lahir pada 9 Julai 1981 itu, muzik berunsur agama bermula dalam kalangan keluarganya namun, ia diturunkan dari turun temurun dari aliran tarekat secara berperingkat. Menjadi seorang "Mat Saleh" yang bernyanyi lagu agama menjadi salah satu faktor penerimaan menggalakkan peminat muzik di negara itu.
Dalam perjalanan kariernya, kumpulan Debu terdiri daripada 12 anggota yang berasal dari pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, Sweden, Britain dan Indonesia.
Selepas kejayaan album Mabuk Cinta yang dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Indonesia dan Arab, Debu kemudian mengeluarkan album Makin Mabuk yang dihasilkan juga dalam dua bahasa (Bahasa Indonesia dan Inggeris).
Mereka kemudian hanya mengeluarkan album-album dalam Bahasa Indonesia sahaja selepas itu, namun pernah mengeluarkan album dalam bahasa Turki.
Jelasnya lagi, dia amat bersyukur kerana memilih platform muzik Indonesia untuk memulakan kariernya.
"Sampai bila-bila pun saya berhutang budi dengan rakyat Indonesia yang telah menyokong kumpulan Debu sehingga dikenali bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.
"Saya berkarya kerana agama dan akan terus berkarya untuk berdakwah dan menyampaikan mesej-mesej agama kepada penduduk dunia," ujar Mustafa. —AGENSI