'Alhamdulillah', TMJ titip syukur, Che Puan Mahkota Khaleeda hamil anak ke-5


  • Cinta
  • Isnin, 15 Dis 2025

Pemangku Sultan Johor dan YM Che Puan Khaleeda bakal menyambut kelahiran anakanda kelima mereka selepas Tunku Ismail berkongsi berita gembira tersebut di Instagram. — Instagram/hrhcrownprinceofjohor

RAKYAT Johor dan seluruh peminat pasangan diraja ini menyambut baik perkhabaran gembira apabila Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), berkongsi satu hantaran penuh bermakna di laman Instagram rasmi beliau pada Ahad.

Hantaran dimuat naik tersebut memaparkan foto baginda bersama isteri, Che Puan Mahkota Khaleeda Bustamam yang kelihatan sedang berbadan dua.

Foto itu disertakan dengan kapsyen ringkas, tetapi penuh syukur, "Alhamdulillah".

BACA LAGI: Jangan cepat menghukum jika remaja menjauhkan diri, empati kunci baiki hubungan anak dan ibu bapa

BACA LAGI: Pelik anak depan orang petah bercakap tapi di rumah diam seribu bahasa, 5 cara atasi 'speech inhibition'

Perkongsian tersebut segera menjadi tumpuan dan menerima ribuan ucapan tahniah dan doa daripada pengikut dan peminat setia keluarga diraja berkenaan.

Untuk rekod, Tunku Ismail dan Che Puan Mahkota Khaleeda melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2014 dalam satu istiadat tertutup di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Pasangan diraja itu dikurniakan empat cahaya mata dua puteri dan dua putera.

Anakanda mereka ialah Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor), Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Kini dengan perkongsian foto tersebut secara tidak langsung mengesahkan bahawa keluarga Diraja Johor bakal menyambut kelahiran anakanda kelima, sekali gus menambah lagi keceriaan dan pewaris baharu takhta negeri.

Rakyat jelata mendoakan agar urusan kehamilan Che Puan Mahkota Khaleeda berjalan lancar dan dimudahkan serta zuriat yang bakal dilahirkan itu membesar menjadi anak sihat, soleh dan berbakti kepada agama, bangsa juga negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram