Pelaburan berbaloi, 5 jenis cat generasi baharu bukan sekadar hiasan malah menguntungkan tuan rumah


  • Hias
  • Selasa, 09 Dis 2025

Cat berteknologi tinggi seperti Cat Kalis Haba dan Cat Boleh Dicuci mampu mencantikkan rumah anda sambil memberikan penjimatan besar dalam bil elektrik serta kos penyelenggaraan jangka panjang. — Gambar hiasan

DALAM usaha mencantikkan rumah tumpuan sering beralih kepada pemilihan warna yang menarik.

Namun ia inovasi cat yang menawarkan produk bukan sahaja menambah seri malah berupaya memberikan penjimatan jangka panjang kepada pemilik rumah.

Melabur dalam jenis cat yang tepat dilihat sebagai langkah bijak dan praktikal kerana ia membantu mengurangkan bil utiliti dan penyelenggaraan rumah.

BACA LAGI: Fonderia Fendi simbol kekuatan feminin sempena ulang tahun ke-100 jenama

BACA LAGI: [VIDEO] Dulu jaring gol lawan Man United, kini Amri Yahya jadi tukang 'assist' bakal pemilik rumah baharu

Berikut adalah lima jenis cat berteknologi tinggi yang direka khas untuk membantu anda menjimatkan wang bulanan anda.

1. Cat kalis haba

Cat kalis haba, seperti Jotun Jotashield Extreme dan Kansai Paint Weathercoat dengan teknologi ThermoShield dapat menjimatkan wang anda kerana ia memantulkan sinaran matahari daripada diserap ke dalam dinding.

Ini sekali gus mengurangkan keperluan penggunaan pendingin hawa dan menurunkan bil elektrik bulanan.

2. Cat antikulat dan antibakteria

Dengan menggunakan cat antikulat dan antibakteria seperti Nippon Paint VirusGuard atau Dulux Weathershield, anda dapat mengelakkan pertumbuhan kulat dan lumut pada permukaan lembap.

Ini dapat memanjangkan hayat kemasan cat sedia ada, dan mengurangkan kekerapan kos mengecat semula atau kerja-kerja pembaikan dinding.

3. Cat boleh dicuci

Pelaburan pada cat boleh dicuci seperti Nippon Paint Spot-less Plus / EasyWash atau Dulux EasyClean adalah bijak kerana ia membenarkan anda membersihkan kotoran degil tanpa merosakkan warna.

Anda juga tidak perlu mengecat semula sebahagian besar dinding akibat kerosakan kecil.

4. Cat sebatian organik

Cat Low-VOC seperti Nippon Paint Green Choice Series atau Jotun Majestic Sense diformulasikan untuk memberikan liputan yang lebih sekata.

Ini bermakna anda mungkin menggunakan tin cat yang lebih sedikit untuk mencapai kemasan sempurna, sekali gus menjimatkan kos bahan.

5. Cat primer berteknologi tinggi

Penggunaan primer yang efektif seperti Nippon Paint 5101 Odour-less Sealer atau Jotun Majestic Primer adalah kunci kerana ia meningkatkan daya lekat dan ketahanan cat kemasan.

Cat primer juga memastikan ia kekal lebih lama tanpa mengelupas dan mengurangkan kos penyelenggaraan dan keperluan mengecat semula sebelum waktunya.

Memilih cat yang tepat kini bukan lagi soal estetika semata-mata, tetapi strategi kewangan yang bijak untuk kediaman anda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram