Mekap mudah 'patchy'? MUA Fazs Faozi kongsi 'hack' jurusolek profesional


  • Maya
  • Rabu, 22 Okt 2025

Atasi mekap patchy antara tip yang dikongsikan Norfazlina. — Janaan AI, Instagram/@Fazsfaozi

BUAT kebanyakan wanita, solekan dilihat sebagai pelengkap penampilan.

Namun bagi sesetengahnya pula beranggapan ia bukan sekadar untuk kelihatan cantik, tetapi medium membina semula keyakinan diri.

Itu apa dilalui oleh jurusolek profesional, Norfazlina Mohd Faozi atau lebih dikenali sebagai Fazs Faozi yang sudah lebih 12 tahun berkecimpung dalam industri kecantikan.

BACA LAGI: Minyak wangi, pencuci pakaian risiko jejas hormon, kesuburan, pakar nasihat pasangan TTC lebih hati-hati!

BACA LAGI: Taktik warga asing di pasar raya, tengah 'video call' kawan, sambil ekori, rekod pelanggan wanita

Norfazlina Mohd Faozi.

Perjalanan hidupnya bermula daripada rasa tidak yakin terhadap diri sendiri sebelum berubah menjadi sumber inspirasi kepada wanita lain.

"Dulu semasa di sekolah, saya memang tak yakin langsung. Kulit breakout teruk, berat badan pun lebih.

"Jadi, saya cabar diri untuk mula belajar mekap," katanya kepada Majoriti.

Dari situ, minatnya terhadap dunia kecantikan semakin mendalam.

Kini, selain bergelar jurusolek berpengalaman, beliau juga mengusahakan jenama sendiri, Fazsfaozi Beauty yang sedang mengembangkan pasaran ke Brunei dan Singapura.

Seperti kebanyakan jurusolek lain, perjalanan wanita berusia 39 tahun itu tidak mudah.

Sehingga kini, beliau yang menjadikan Datuk Alha Alfa sebagai inspirasi itu masih mengingati satu pengalaman sukar dilupakan ketika baru dua tahun bergelar jurusolek sepenuh masa.

"Pernah seorang jurugambar tegur saya di studio, katanya, ‘Ini ke hasil mekap yang awak nak jual? Kalau buruk macam ni, baik balik tidur saja.’ Masa tu saya betul-betul tersentak,” cerita ibu kepada dua orang anak itu.

Beliau juga mengakui, insiden tersebut meninggalkan kesan mendalam dan membuatkannya sering berasa cemas setiap kali menerima pelanggan baharu.

"Sampai sekarang saya masih ada sedikit anxiety setiap kali mekap, sebab saya sentiasa nak pastikan hasilnya benar-benar terbaik,” ujarnya.

 

Apabila ditanya tentang momen paling membanggakan, beliau tersenyum mengenangkan dua pengalaman yang sukar dilupakan.

"Antara paling saya ingat, waktu masih baru tapi dipilih oleh FashionValet untuk solek pelakon dan model, Anzalna Nasir.

"Saya sendiri macam tak percaya sebab dia seorang yang sangat menjaga penampilan. Dari situ saya rasa lebih yakin dengan kemampuan diri," katanya.

Selain itu, Norfazlina turut berbangga apabila mendapat pelanggan pertama dari Brunei.

"Dia sanggup datang ke Kuala Lumpur semata-mata nak saya rias untuk majlis nikahnya.

"Sejak tu, setiap tahun saya akan ke Brunei untuk rias pengantin. Alhamdulillah, rezeki makin luas,” ujarnya.

Selepas berkongsi pengalaman peribadi yang membanggakan, Fazilah turut menekankan beberapa tip penting untuk solekan membantu wanita terutama yang baru belajar atau menghadapi cabaran kulit tertentu:

 

Pilih foundation sesuai dengan tona kulit atau campur beberapa warna untuk hasil solekan lebih natural. — Gambar hiasan/Freepik

1. Apa nak buat jika salah beli warna foundation?

Jika tersalah beli warna foundation, jangan dibuang.

Sekiranya terlalu gelap, campurkan dengan tona yang lebih cerah dan lakukan sebaliknya.

Cara ini memastikan warna foundation lebih tepat dengan kulit dan fleksibel mengikut perubahan tona kulit.

2. Pilih foundation ikut tona kulit atau satu warna lebih cerah?

Sebaiknya pilih satu shade lebih cerah daripada warna kulit sebenar kerana foundation akan sedikit oxidize selepas dipakai.

Hasilnya, warna kelihatan lebih natural dan selaras dengan kulit.

3. Kesalahan sering dilakukan oleh pemula

Ramai wanita tersilap sapu blusher hanya pada  pipi. Fazilah menekankan untuk sapukan dari bawah tulang pipi ke atas bagi memberikan efek lift up.

Teknik ini bukan sahaja segar pada wajah tetapi juga menonjolkan bentuk muka secara semula jadi..

4. Kulit sensitif atau mudah breakout?

Penting untuk menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit, sama ada berminyak, kering atau kombinasi.

Elak produk tinggi kandungan kimia. Persediaan kulit atau skin prep yang betul memastikan asas solekan lebih tahan lama.

5. Tip pantas untuk nampak 'photo-ready' dalam 5 minit

Jika masa terhad sebelum mengambil masa, fokus pada tiga elemen utama, iaitu bedak, blusher dan lipstick.

Blusher juga boleh diguna sebagai eyeshadow untuk cepat lengkapkan look dan memberikan efek segar.

 

Mekap patchy ialah solekan yang tidak rata serta kelihatan tompok-tompok. — Gambar hiasan/Media sosial

6. Setting spray vs fixing spray

Setting spray boleh digunakan semasa skin prep, layering (lapisan) atau set makeup untuk memberikan kelembapan dan hasil lembut.

Fixing spray hanya digunakan pada langkah terakhir selepas semua produk diaplikasikan.

Ia tidak sesuai digunakan semasa bersolek kerana boleh mengganggu foundation dan layering.

7. Apa nak buat kalau mekap jadi patchy (tidak sekata)?

Kalau solekan jadi patchy, jangan panik! Lap dahulu kawasan berminyak menggunakan tisu untuk buang lebihan minyak.

Kemudian, sembur sedikit setting spray supaya base jadi lembap. Ambil span dan tepuk perlahan foundation agar rata semula.

Akhir sekali, set semula dengan bedak dan sembur lagi sekali menggunakan setting spray untuk pastikan mekap kembali sekata dan tahan lama.

8. Hack untuk tona kulit tak sekata atau gelap

Gunakan colour correct sebelum foundation atau concealer (penyamar kulit).

Contohnya, bawah mata gelap gunakan tona warm seperti merah, kawasan merah gunakan hijau.

Kemudian baru sapu foundation. Teknik ini membantu menyeimbangkan tona muka dan menutup ketidaksempurnaan kulit dengan lebih berkesan. 

Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram