PEREDARAN masa mungkin pantas, namun minat terhadap warisan seni bina dan perabot tradisional semakin kukuh.
Dari ruang tamu hingga bilik tidur, rekaan perabot India kembali mendapat perhatian kerana keindahan, nilai sejarah dan kemahiran tangan yang diwarisi turun-temurun.
Jika sebelum ini ramai memilih perabot moden berasaskan plastik atau fabrik sintetik, kini arah aliran berubah kepada material semula jadi seperti kayu padu, rotan dan tembaga.
BACA LAGI: Ramai kanak-kanak obesiti hidap diabetes 'orang dewasa', perhati tanda-tanda ini
BACA LAGI: [VIDEO] Matcha, manfaat atau risiko untuk kesihatan haid wanita?
Bukan sahaja tahan lama, malah setiap ukiran membawa cerita tersendiri, dari kehalusan kerja tangan Rajasthan hingga garisan ringkas gaya Kerala.
Suntikan moden kekalkan jiwa tradisi
Pengasas dan pereka dalaman Azure Interiors, Rashi Bothra dan Ruchi Gehani, menjelaskan bahawa rahsia mengekalkan keseimbangan antara tradisi dan moden adalah melalui pemilihan yang bijak.
"Gabungkan satu atau dua perabot berukir halus dengan rekaan moden yang ringkas supaya ruang tidak tampak berserabut.
"Gunakan palet warna neutral dan biarkan tekstur menjadi fokus. Material tradisional seperti kayu atau rotan boleh dipadankan dengan elemen moden seperti kaca atau logam," kata Rashi.
Ruchi pula menambah, "Pilih rekaan serbaguna seperti bangku berukir yang juga berfungsi sebagai storan, kerusi goyang atau buaian yang menjimatkan ruang.
"Utamakan binaan kukuh, bentuk yang kemas, serta kemasan yang sesuai untuk kegunaan harian."
Trend 2025 juga semakin menitikberatkan kelestarian, dengan permintaan tinggi terhadap perabot buatan tangan menggunakan sumber tempatan bagi memastikan seni pertukangan terus relevan.

Trend 2025 juga semakin menitikberatkan kelestarian, dengan permintaan tinggi terhadap perabot buatan tangan.
Tip bawa masuk perabot India ke dalam rumah
- Mulakan dengan satu atau dua perabot utama seperti konsol, buaian atau kabinet.
- Pilih rekaan yang berfungsi lebih daripada satu kegunaan, sesuai untuk rumah bersaiz kecil.
- Padankan pelbagai tekstur seperti rotan, kayu padu dan fabrik lembut untuk kedalaman visual.
- Gunakan tona bumi atau warna permata bagi menyatukan suasana ruang.
- Lengkapkan dengan aksesori kecil seperti tekstil, seni atau hiasan tradisional India.

Material tradisional seperti kayu atau rotan boleh dipadankan dengan elemen moden seperti kaca atau logam.
Sentuhan peribadi kunci keseragaman
Bagi Rashi dan Ruchi, setiap ruang perlu mencerminkan kisah dan cita rasa pemiliknya.
"Ruang akan terasa harmoni bila alirannya konsisten, bukan apabila semua kelihatan serupa," ujar mereka.
Dengan gabungan nilai estetik, fungsi harian dan kemahiran yang diwarisi ratusan tahun, perabot India membuktikan bahawa satu sahaja item yang dipilih dengan tepat mampu memberi kehangatan, karakter dan cerita unik kepada kediaman moden. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
